Wednesday, September 30, 2009

Tsunami melanda Pulau Samoa selepas gempa bumi berukuran 8.3 pada skala Richter

Sept 30, 2009


Lebih dari 20 orang dikhuatiri terbunuh bila tsunami melanda pulau Samoa selepas satu gempa bumi berukuran 8.3 pada skala richter. Gempa bumi berlaku pada kira-kira jam 6.48 pagi waktu tempatan 35km di bawah dasar laut dan 190km dari pulau tersebut.

Pulau Samoa adalah sebahagian daripada wilayah Amerika yang terletak di antara Hawaii dan New Zealand dengan penduduk berjumlah 65,000 orang.

Video:


Berita selanjutnya:

Tsunami hits Samoa islands, at least 14 dead

Tsunami Hits Samoa Islands, Destroys Village

Tsunami: At least 34 dead in Samoa


Flash Back: Tsunami yang melanda negara kita pada 26 Disember 2004:

Tsunami: Korban kini mencecah 65 orang (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Jumlah kematian akibat bencana tsunami di Malaysia meningkat kepada 65 orang sehingga pukul 5 petang ini apabila dua mayat lagi ditemui di Pulau Pinang dan Perak, demikian menurut jurucakap Pusat Kawalan Malaysia (MCC) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jurucakap itu berkata, seramai 183 orang tercedera dan 12 masih hilang bagi tempoh yang sama.

Pulau Pinang mencatatkan 50 kematian, 10 di Kedah, empat di Perak dan satu di Selangor, katanya ketika dihubungi.

Video Tsunami yang melanda Batu Feringhi:



Daripada keseluruhan jumlah kecederaan, 108 kes dilaporkan di Pulau Pinang, 72 di Kedah dan tiga di Perak. Tiada kes kecederaan dilaporkan di Selangor.

Usaha diteruskan untuk lapan mangsa yang masih hilang di Pulau Pinang, tiga di Kedah dan seorang di Perak.

No comments: