Baru sebentar tadi telah tamat majlis berbuka puasa untuk staf OUM Perak yang diraikan oleh Pengarahnya Richard Ng. Semua staf serta suami, isteri dan anak masing-masing telah hadir sama kecuali Puan Murni yang sedang cuti bersalin.
Majlis ini telah diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh. Selepas majlis berbuka puasa, sambutan birthday telah turut diadakan untuk Erna (15 Sept) dan Pengarahnya (16 Sept). Penyanyi Band Hotel Excelsior telah diminta khas untuk menyampaikan lagu "Happy Birthday". Dah kenyang dan penat, kamipun beransur pulang pada jam 9mlm.
Semoga dengan sambutan majlis berbuka puasa serta sambutan birthday ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara semua staf serta keluarga. Diharap pada tahun depan, keluarga OUM Perak bertambah besar lagi.
No comments:
Post a Comment