Sesi taklimat semester Mei 2009
Pendaftaran pelajar baru ambilan September 2009 akan bermula pada 5hb Sept 2009 untuk pelajar Sarjana Muda Pengajaran (SMP) dan 6hb Sept 2009 untuk pelajar lain. Pelajar yang berjaya mendapat tawaran OUM dikehendaki hadir pada jam 8.15pagi untuk mendengar taklimat serta membuat pendaftaran.
Bagi pelajar yang telah memohon dan masih tidak mengetahui status permohonannya boleh menyemak melalui laman web OUM. Sila klik di sini untuk menyemak.
Anda akan dapat melihat skrin seperti di bawah. Sila isikan nombor kad pengenalan anda dalam petak Login dan kemudian klik "Check Status". Jika anda berjaya, tahniah dan sila cetak surat tawaran dan bawa semasa hari pendaftaran.
Skrin semakan status permohonan
Bagi pemohon yang tidak berjaya dan perlu menjalani ujian "Open Entry" dikehendaki hadir pada 6hb Sept 2009 bermula jam 9.00pg. Jika berjaya, maka pendaftaran boleh dibuat pada hari yang sama.
Antara perkara-perkara yang perlu dibawa semasa pendaftaran termasuk:
a. Sijil asal kelayakan masuk serta dokumen sokongan (jika ada)
b. Kad Pengenalan asal
c. Gambar berukuran paspot 2 keping
d. Yuran minimum RM700. (Baki boleh dibayar sebelum Tutorial bermula)
Selepas pendaftaran dijalankan dengan jayanya, pelajar akan diberi kit pendaftaran yang terdiri daripada modul (buku bacaan), beg OUM serta pelekat kereta OUM.
Bagi mereka yang datang dari luar Ipoh, disertakan di sini peta lokasi OUM Perak di Jln Lim Bo Seng. Sebarang kemuskilan sila hubungi 05-2546006 atau 019-4618519 (En. Ahmad Fahmi).
Peta Lokasi OUM Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment