Saturday, September 5, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru Ambilan Sept 2009 ke OUM Perak

5 Sept 2009

Bagi pihak Pengurusan Tertinggi OUM, kami warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Datang" kepada semua pelajar baru ambilan semester 2009 ke OUM Perak. Tahniah dan syabas kerana telah ditawarkan untuk mengikuti program di Open University Malaysia.

Lebih dari 200 orang pelajar akan menjalani sesi Orientasi dan Pendaftaran di OUM Perak pada 5 dan 6 Sept 2009. Diseluruh Malaysia, lebih dari 2,500 orang pemohon telah berjaya ditawarkan berbagai program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagi mereka (selain daripada program SMP) yang belum membuat permohonan mengikuti program tawaran OUM masih sempat berbuat demikian pada hari Ahad 6 Sept 2009 secara "Walk-in" dengan membawa segala dokumen dan sijil asal serta yuran minimum sebanyak RM700. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit.

No comments: