Saturday, January 30, 2010

Bengkel Kemahiran Belajar untuk Pelajar Ambilan Semester Jan 2010

Para pelajar baru ambilan semester Januari 2010 telah menghadiri satu bengkel anjuran OUM Perak pada 17 Januari 2010 di Pusat Pembelajaran Greenhill yang baru dibuka.

Pelajar sedang mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel dan dilayani oleh Puan Siti Norjalilah, pentadbir PP Greenhill

Pelajar kelihatan riang sementara menunggu bengkel bermula

Sebahagian dari peserta bengkel

Seramai 120 orang pelajar telah hadir dalam bengkel tersebut. Bengkel ini yang wajib untuk semua pelajar baru OUM telah dimudahcara oleh beberapa orang tutor kanan OUM Perak iaitu Sdra Yusni, Mr. Koay dan Tn. Hj. Idris.

Peserta bengkel sedang menumpu perhatian pada taklimat yang diberikan

Sdra Yusni sedang memberikan taklimatnya dalam bengkel

Giliran Mr. Koay untuk mengendalikan bengkel

Tuan Hj Idris turut menjadi pemudahcara benngkel

Bengkel ini bermula pada jam 8.30pg dan tamat pada jam 12.30tgh. Dalam bengkel ini, pelajar telah diberi pendedahan awal akan cara pembelajaran di OUM supaya mereka akan menjadi lebih bersedia bila kelas bermula pada 31 Jan 2010.

Wednesday, January 27, 2010

A customer is the most important visitor on our premises


A customer is the most important visitor on our premises.

He is not dependent on us. We are dependent on him.

He is not an interruption in our work - he is the purpose of it.

We are not doing him a favor by serving him. He is doing us a favor by giving us the opportunity to serve him.

Mahatma Gandhi

Monday, January 25, 2010

Tutorial Pertama di Pusat Pembelajaran Greenhill Berjalan Lancar

Pusat Pembelajaran Greenhill yang terletak berhampiran dengan Hotel Syuen dan Hotel Excelsior Ipoh

Tutorial pertama pada 23 dan 24 Januari bagi semester Januari 2010 di Pusat Pembelajaran OUM Greenhill berjalan dengan lancar.

Kaunter perkhidmatan yang begitu selesa

Pusat pembelajaran yang baru siap ini dengan harga melebihi RM5 juta, mengadakan kelas tutorial pertamanya pada julung kalinya. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 bilik kuliah, 2 bilik komputer, kemudahan Internet WIFI, surau untuk lelaki dan perempuan serta suasana pembelajaran yang selesa. Bangunan 5 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan lif serta mesra OKU.

Bilik kuliah yang selesa dan dilengkapi dengan projektor LCD serta WIFI

Rata-rata pelajar serta tutor yang ditemui amat puas hati dengan kemudahan yang disediakan. Pelajar yang kali pertama datang ke pusat pembelajaran ini menghadapi sedikit kesulitan mencari tempat letak kereta kerana belum menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran.

Sebuah lagi bilik kuliah yang serba lengkap

Pihak OUM PP Greenhill telahpun mewar-warkan dalam LMS akan tempat letak kereta yang begitu banyak berhampiran dengan pusat pembelajaran ini namun seperti kebiasaannya ada pelajar yang tidak membaca pengumuman yang telah dibuat 2 minggu sebelum bermulanya kelas tutorial.

Para pelajar membuat semakan jadual waktu di kaunter perkhidmatan

Berhampiran dengan pusat pembelajaran ini juga terdapat banyak restoran dan kedai kopi dan ini memudahkan pelajar untuk makan dan rihat sementara menunggu kelas tutorial seterusnya.

Sebahagian dari pelajar yang sedang mengikuti kuliah mereka



Beginilah wajah ceria dari pelajar semasa rihat makan tengahari

Dengan kemudahan yang disediakan ini pihak OUM berharap pelajar-pelajar OUM akan dapat belajar dengan selesa dan mencapai kejayaan cemerlang.

Sunday, January 24, 2010

Sumbangan Kebajikan untuk keluarga pelajar OUM

23 Januari 2010 Posted by Richard Ng

Tepat jam 3 ptg, saya dan Puan Murni serta Sharizal bertolak dari OUM Perak menuju ke Taiping Perak untuk mencari dua buah rumah keluarga pelajar OUM yang telah meninggal dunia pada tahun lepas bagi menyerahkan sumbangan kebajikan OUM.

Allahyarham Mohd Jafni berdiri di tengah bersama ibubapa dan kakaknya

Kami tiba di Kampung Boyan, Taiping, kira-kira jam 4.00ptg untuk mencari rumah keluarga Allahyarham Mohd Jafni Bin Zulkhifli. Setiba kami di rumahnya, kami disambut oleh ayahnya iaitu En. Zulkhifli yang menceritakan kisah bagaimana Allahyarham meninggal dunia. Kata En.Zulkhifli, Allahyarham mengalami kemalangan di lebuh raya utara-selatan berdekatan Tangkak Johor pada tahun lepas.

Penyampaian cek sumbangan OUM kepada En. Zulkhifli, bapa kepada Allahyarham Mohd Jafni

Allahyarham Mohd Jafni adalah pelajar program Ijazah Sarjana Muda Keguruan bertempat di Institut Perguruan Ilmu Khas. Dengan sumbangan yang kami sampaikan bagi pihak OUM, kami harap dapat sedikit sebanyak membantu keluarga Allahyarham.

Kira-kira jam 4.30ptg, kamipun pergi ke Kampung Dew, di Taiping untuk mencari sebuah lagi rumah keluarga Allahyarhamah Zariena Binti Abdul Ghani, iaitu pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan pengkhususan Matematik. Kami disambut oleh suami Allahyarhamah iaitu En. Azmi, serta tiga orang anaknya yang masih kecil.

Gambar Allahyarhamah Zariena bersama keluarganya

Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang menjelaskan sumbangan kebajikan OUM kepada suami Allahyarhamah

Gambar bersama suami dan anak-anak Allahyarhamah Zariena

Kata En. Azmi, Allahyarhamah meninggal dunia pada bulan Oktober lepas dan tidak sempat untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke 7 OUM. Dalam keadaan tersebak, En Azmi menceritakan bagaiman Allahyarhamah mengharungi penderitaan akibat diserang penyakit barah sejak beberapa bulan sebelumnya. Cek sumbangan kebajikan OUM kami serahkan kepada keluarga Allahyarhamah dengan harapan semoga dapat membantu kebajikan anak-anaknya yang masih kecil.

Selepas itu kamipun bertolak ke Beruas untuk mencari rumah keluarga Allahyarham Safizan Bin Samsuddin, pelajar program Ijazah Sarjan Muda Pentadbiran Perniagaan. Kami tiba di rumah keluarga Allahyarham kira-kira jam 6.00ptg. Kami disambut oleh bapa mertuanya serta isterinya iaitu Puan Siti Salmiah.

Gambar bersama bapa mertua dan anak tunggal Allahyarham Safizan

Dengan nada yang sedih serta berlinangan air mata, bapa mertuanya menceritakan bahawa Allahyarham meninggal dunia akibat terjatuh dari sampan ke dalam sungai yang deras di Slim River ketika menjalani aktiviti riadah anjuran syarikatnya. Cek sumbangan kami serahkan kepada isteri Allahyarham.

Isteri Allahyarham Safizan sedang menceritakan bagaimana suaminya mengalami kemalangan

Gambar Allahyarham Safizan sebelum kejadian kemalangan berlaku

Selepas selesai tugas dan tanggungjawab kami, kami bertolak dari Beruas kira-kira jam 6.40ptg dan tiba di OUM Perak pada jam 7.30ptg disambut oleh hujan lebat dan banjir.

Apapun, kami bertiga amat berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan pada hari ini demi untuk kebajikan keluarga pelajar-pelajr kami. Sesungguhnya cek sumbangan dari OUM adalah tanda bahawa OUM prihatin pada pelajar-pelajarnya.

Sunday, January 10, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Ambilan Januari 2010 di PP Greenhill

Pada hari ini 10-01-10 (10 Januari 2010) telah berlangsungnya hari pendafataran bagi pelajar baru ambilan semester Januari 2010. Taklimat untuk pelajar baru program diploma dan ijazah sarjana muda telah diadakan di bangunan baru PP Greenhill.







Pelajar baru yang datang dari seluruh Perak seperti Teluk Intan, Sitiawan, Manjung, Taiping, Cameron Highlands, Bidor, Kampar dan Kuala Kangsar telah tiba seawal 7.30 pagi walaupun pendaftaran dan sesi taklimat telah dijadualkan pada jam 8.30 pagi.



Ini merupakan kali pertama sesi taklimat untuk pelajar baru diadakan di PP Greenhill serentak dengan pembukaan operasinya secara rasmi pada 10 Jan 2010. Proses pendaftaran telah berjalan dengan begitu lancar sekali di mana ia telah bermula tepat jam 8.30 pagi dan tamat tepat jam 1.00ptg.



Taklimat untuk pendaftaran telah dikendalikan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng dan dibantu oleh Puan Siti iaitu Pentadbir PP Greenhill dan staf OUM Perak seperti Puan Ros, Puan Erna, Sdra Sharizal dan Sdra Wan Kamaruddin.



Di sebelah petangnya pula iaitu pada jam 2.00 ptg telah diadakan sesi taklimat dan pendaftaran pelajar Post Graduate pula. Sesi pendaftaran ini tamat jam 4.00ptg. Sesi ini telah dikendalikan oleh Pengarahnya Richard Ng.



Pada hari ini juga telah dilangsungkan pendaftaran secara walk-in dan ujian kemasukan fleksibel. Keseluruhannya, seramai 110 orang telah berdaftar secara rasmi dan yang lain telah ditawarkan untuk belajar dan masih menanti pembayaran.



Pelajar baru akan hadir pada 17 Januari jam 8.30 pagi bagi mengikuti bengkel kemahiran belajar di PP Greenhill bagi menyediakan mereka dengan kemahiran belajar secara pendidikan jarak jauh dan terbuka.

Kelas tutorial pelajar baru telah dijadualkan bermula pada 31 Januari 2010.

Saturday, January 9, 2010

Majlis Doa Selamat Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

9 Januari 2010

Duduk dari kiri: Richard Ng (Pengarah OUM Perak), Tn. Hj. Idris Talu (Tutor Kanan OUM Perak), Sdra Wan Kamaruddin (staf OUM Perak), Dr. Tan Toh Wah (Pengarah OUM Penang) dan Sdra Makhtar (staf OUM Penang)

Petang tadi telah berlangsung Majlis Doa Selamat buat Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill. Bangunan yang baru dibeli oleh OUM pada harga RM3.5 juta dan diubahsuai pada harga RM1.5 juta telah siap pada 7 Januari 2010 dan akan mula beroperasi pada 10 Januari 2010.

Bacaan doa oleh Tn. Haji Idris Talu

Sebahagian dari staf dan tutor OUM Perak yang hadir

Seramai 30 orang staf, pelajar dan tutor OUM Perak telah hadir. Turut hadir Pengarah OUM Penang Dr. Tan serta staf OUM Penang, Sdra Maktar dan Sdri Norela.

Turut hadir Puan Siti Norjalilah (Pentadbir PP Greenhill, baju biru kiri), Sdri Norlela, dan Puan Erna (Pen. Eksekutif PP Greenhill).

Majlis doa selamat yang telah diadakan secara kecil-kecilan tapi meriah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Idris Talu iaitu salah seorang Tutor Kanan OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Richard Ng dalam ucapan aluan-aluannya merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi OUM terutamanya YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM kerana telah memenuhi hasrat pelajar OUM Perak dari Pusat Pembelajaran Greentown.



Dengan bangunan baru yang dilengkapi dengan kemudahan yang canggih, YBhg Tan Sri amat berharap pelajar PP Greenhill akan belajar dengan lebih bersemangat lagi selepas ini dan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Turut hadir, Puan Murni (kiri) dan Puan Zura serta anak-anak mereka



Pelajar OUM dari PP Greentown akan memulakan tutorial pertama mereka di bangunan ini yang kini dikenali sebagai PP Greenhill pada 23 Januari 2010.

Friday, January 8, 2010

Pusat Pembelajaran Greenhill mula beroperasi mulai Ahad 10 Januari 2010




Berita gembira untuk semua warga OUM Perak terutama pelajar dan tutor dari Pusat Pembelajaran Greentown sebelum ini. Pusat Pembelajaran Greenhill yang akan menggantikan PP Greentown akan beroperasi mulai 10 Januari 2010.





Para pelajar ambilan semeter Januari 2010 akan hadir pada jam 8.30 pagi untuk membuat pendaftaran mereka di pusat ini. Pelajar akan diberi taklimat mengenai peraturan dan kaedah pembelajaran di OUM. Selepas selesai taklimat, pelajar akan membuat pendaftaran secara resmi dan menjelaskan segala yuran pembelajaran.



Kelas tutorial pertama untuk pelajar senior akan bermula pada 23 Januari 2010. Pelajar baru pula akan mula tutorial pertama pada 31 Januari 2010. Bangunan ini juga akan digunakan sebagai pusat peperiksaan kelak.



Bangunan 5 tingkat PP Greenhill ini mempunyai 18 bilik kuliah dan 2 makmal komputer. Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi. Pelajar digalakkan membawa laptop masing-masing dan menggunakan kemudahan wifi ini yang disediakan secara percuma. Bangunan ini juga mempunyai lif dan kemudahan untuk warga OKU.

Peta lokasi bangunan ini adalah seperti di bawah:



Alamat lengkap Pusat Pembelajaran Greenhill:

Open University Malaysia
(Pusat Pembelajaran Greenhill)
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak
Tel: 05-2490920 atau 05-2490922
Fax: 05-2490921

Pengarah: Richard Ng (012-5256252)
Pentadbir: Puan Siti Norjalilah
Penolong: Puan Irnawati

Perhimpunan Staf Kumpulan Meteor/OUM dan Ucapan Tahun Baru 2010

Perhimpunan Staf Kumpulan Meteor/OUM yang pertama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 7 Januari 2010 di Auditorium OUM Kuala Lumpur. Semua staf telah berkumpul di auditorium ini se awal jam 8.30 pagi lagi untuk mendengar ucapan tahun baru dari Canselor Open University Malaysia iaitu YABhg Tun Jeanne Abdullah.



Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah pengurusan tertinggi OUM iaitu YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Rosli Hamir, Naib Presiden Kanan OUM,En. Repin Ibrahim, Naib Presiden OUM serta Puan Kamariah, Pendaftar OUM.





Pengarah-pengarah pusat pembelajaran serta semua staf-staf kumpulan Meteor dan OUM juga dijemput hadir sama.

Dalam ucapan aluannya, YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua staf. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana telah bekerja keras pada tahun 2009 bagi mendaftarkan bilangan pelajar baru yang paling ramai sejak tahun 2001. Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan semua staf akan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi OUM pada tahun 2010 dan menyeru semua staf beusaha dengan lebih gigih lagi.





Dalam ucapan tahun barunya, YABhg Tun Jeanne Abdullah telah meningatkan hadirin supaya menjadikan khidmat kepada masyarakat sebagai resolusi tahun baru 2010. Kata beliau, dunia sekarang sedang diancam dengan berbagai ancaman sosial dan persekitaran hasil dari tamak haloba manusia serta kepanasan global.



Beliau menyeru semua staf supaya menanamkan semangat perihatin kepada masyarakat serta sukarelawan dalam membantu mereka yang memerlukan. Beliau mengingatkan kita semua supaya menyumbang balik kepada masyarakat bagi mewujudkan dunia yang aman dan sentosa.