Saturday, January 2, 2010

Hari Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru OUM ambilan Januari 2010

Bagi pihak Open University Malaysia (OUM) Cawangan Perak, saya ucapkan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan untuk belajar dalam berbagai program untuk ambilan semester Januari 2010.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di sini



Bagi mereka yang masih belum memohon, anda masih boleh berbuat demikian secara "Walk-in" sehingga 10 Januari 2010. Bagi penawaran serta merta, anda perlu membawa bersama anda semua sijil kelayakan serta surat pengesahan dari majikan.

Seperti pada kebiasaannya, semua pelajar yang telah diterima masuk ke OUM dikehendaki hadir untuk mendengar taklimat dan peraturan universiti. Selepas taklimat, pelajar baru akan membuat pendaftaran secara formal. Pusat taklimat dan pendaftaran adalah seperti berikut:



Pusat Pembelajaran Greenhill
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill
30450 Ipoh Perak.
Tel: Richard Ng, Pengarah OUM Perak (012-5256252)
atau Puan Siti Norjalilah, Pentadbir PP Greenhill (012-6638327)

Peta lokasi PP Greenhill adalah seperti berikut:



Pelajar baru perlu bawa perkara berikut semasa pendaftaran:

1. Kad Pengenalan asal
2. Dua keping gambar berukuran paspot
3. Surat tawaran jika ada
4. Sijil asal kelayakan masuk
5. Surat dari majikan
6. Yuran pendaftaran semester minimum RM700

Selepas pendaftaran disahkan, pelajar akan dibekalkan dengan modul subjek yang ditawarkan untuk persediaan awal sebelum kelas tutorial bermula.

Tarikh Pendaftran: 10 Januari, 2010

Masa: 8.30 pagi

No comments: