Sunday, January 10, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Ambilan Januari 2010 di PP Greenhill

Pada hari ini 10-01-10 (10 Januari 2010) telah berlangsungnya hari pendafataran bagi pelajar baru ambilan semester Januari 2010. Taklimat untuk pelajar baru program diploma dan ijazah sarjana muda telah diadakan di bangunan baru PP Greenhill.







Pelajar baru yang datang dari seluruh Perak seperti Teluk Intan, Sitiawan, Manjung, Taiping, Cameron Highlands, Bidor, Kampar dan Kuala Kangsar telah tiba seawal 7.30 pagi walaupun pendaftaran dan sesi taklimat telah dijadualkan pada jam 8.30 pagi.



Ini merupakan kali pertama sesi taklimat untuk pelajar baru diadakan di PP Greenhill serentak dengan pembukaan operasinya secara rasmi pada 10 Jan 2010. Proses pendaftaran telah berjalan dengan begitu lancar sekali di mana ia telah bermula tepat jam 8.30 pagi dan tamat tepat jam 1.00ptg.



Taklimat untuk pendaftaran telah dikendalikan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng dan dibantu oleh Puan Siti iaitu Pentadbir PP Greenhill dan staf OUM Perak seperti Puan Ros, Puan Erna, Sdra Sharizal dan Sdra Wan Kamaruddin.



Di sebelah petangnya pula iaitu pada jam 2.00 ptg telah diadakan sesi taklimat dan pendaftaran pelajar Post Graduate pula. Sesi pendaftaran ini tamat jam 4.00ptg. Sesi ini telah dikendalikan oleh Pengarahnya Richard Ng.



Pada hari ini juga telah dilangsungkan pendaftaran secara walk-in dan ujian kemasukan fleksibel. Keseluruhannya, seramai 110 orang telah berdaftar secara rasmi dan yang lain telah ditawarkan untuk belajar dan masih menanti pembayaran.



Pelajar baru akan hadir pada 17 Januari jam 8.30 pagi bagi mengikuti bengkel kemahiran belajar di PP Greenhill bagi menyediakan mereka dengan kemahiran belajar secara pendidikan jarak jauh dan terbuka.

Kelas tutorial pelajar baru telah dijadualkan bermula pada 31 Januari 2010.

No comments: