Petang tadi telah berlangsung Majlis Doa Selamat buat Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill. Bangunan yang baru dibeli oleh OUM pada harga RM3.5 juta dan diubahsuai pada harga RM1.5 juta telah siap pada 7 Januari 2010 dan akan mula beroperasi pada 10 Januari 2010.
Seramai 30 orang staf, pelajar dan tutor OUM Perak telah hadir. Turut hadir Pengarah OUM Penang Dr. Tan serta staf OUM Penang, Sdra Maktar dan Sdri Norela.
Majlis doa selamat yang telah diadakan secara kecil-kecilan tapi meriah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Idris Talu iaitu salah seorang Tutor Kanan OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Richard Ng dalam ucapan aluan-aluannya merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi OUM terutamanya YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM kerana telah memenuhi hasrat pelajar OUM Perak dari Pusat Pembelajaran Greentown.
Dengan bangunan baru yang dilengkapi dengan kemudahan yang canggih, YBhg Tan Sri amat berharap pelajar PP Greenhill akan belajar dengan lebih bersemangat lagi selepas ini dan menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Pelajar OUM dari PP Greentown akan memulakan tutorial pertama mereka di bangunan ini yang kini dikenali sebagai PP Greenhill pada 23 Januari 2010.
No comments:
Post a Comment