Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah pengurusan tertinggi OUM iaitu YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Rosli Hamir, Naib Presiden Kanan OUM,En. Repin Ibrahim, Naib Presiden OUM serta Puan Kamariah, Pendaftar OUM.
Pengarah-pengarah pusat pembelajaran serta semua staf-staf kumpulan Meteor dan OUM juga dijemput hadir sama.
Dalam ucapan aluannya, YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua staf. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana telah bekerja keras pada tahun 2009 bagi mendaftarkan bilangan pelajar baru yang paling ramai sejak tahun 2001. Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan semua staf akan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi OUM pada tahun 2010 dan menyeru semua staf beusaha dengan lebih gigih lagi.
Dalam ucapan tahun barunya, YABhg Tun Jeanne Abdullah telah meningatkan hadirin supaya menjadikan khidmat kepada masyarakat sebagai resolusi tahun baru 2010. Kata beliau, dunia sekarang sedang diancam dengan berbagai ancaman sosial dan persekitaran hasil dari tamak haloba manusia serta kepanasan global.
Beliau menyeru semua staf supaya menanamkan semangat perihatin kepada masyarakat serta sukarelawan dalam membantu mereka yang memerlukan. Beliau mengingatkan kita semua supaya menyumbang balik kepada masyarakat bagi mewujudkan dunia yang aman dan sentosa.
No comments:
Post a Comment