Tutorial pertama pada 23 dan 24 Januari bagi semester Januari 2010 di Pusat Pembelajaran OUM Greenhill berjalan dengan lancar.
Pusat pembelajaran yang baru siap ini dengan harga melebihi RM5 juta, mengadakan kelas tutorial pertamanya pada julung kalinya. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 bilik kuliah, 2 bilik komputer, kemudahan Internet WIFI, surau untuk lelaki dan perempuan serta suasana pembelajaran yang selesa. Bangunan 5 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan lif serta mesra OKU.
Rata-rata pelajar serta tutor yang ditemui amat puas hati dengan kemudahan yang disediakan. Pelajar yang kali pertama datang ke pusat pembelajaran ini menghadapi sedikit kesulitan mencari tempat letak kereta kerana belum menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran.
Pihak OUM PP Greenhill telahpun mewar-warkan dalam LMS akan tempat letak kereta yang begitu banyak berhampiran dengan pusat pembelajaran ini namun seperti kebiasaannya ada pelajar yang tidak membaca pengumuman yang telah dibuat 2 minggu sebelum bermulanya kelas tutorial.
Berhampiran dengan pusat pembelajaran ini juga terdapat banyak restoran dan kedai kopi dan ini memudahkan pelajar untuk makan dan rihat sementara menunggu kelas tutorial seterusnya.
Dengan kemudahan yang disediakan ini pihak OUM berharap pelajar-pelajar OUM akan dapat belajar dengan selesa dan mencapai kejayaan cemerlang.
2 comments:
Tahniah Prof.
Akhirnya berjaya juga kita gunakan bangunan yang baru dibeli ini.
Tahniah!
Terima kasih Tn. Hj. Mudah-mudahan ianya akan menjadi pemangkin kepada kejayaan kita seterusnya
Post a Comment