Sesi perjumpaan ini merupakan sesi pertama tahun 2010 dan telah diadakan dari 4 Januari hingga 7 Januari. Kesemua pengarah telah hadir dalam perjumpaan ini bagi mendengar taklimat dari berbagai jabatan bagi merungkai segala masalah yang timbul agar pentadbiran tahun 2010 dapat dijalankan dengan licin. Para pengarah juga diberi peluang untuk mencadangkan penambahbaikan proses kerja serta perkhidmatan kepada pelajar.
Sesi pertama telah dipengerusikan oleh Naib Presiden OUM iaitu Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir. Beliau mengingatkan semua pengarah supaya sentiasa memberikan penekanan kepada perkhidmatan terbaik kepada pelajar serta meningkatkan aktiviti pemasaran bagi mendapatkan lebih ramai lagi pelajar supaya belajar di OUM. Beliau juga mengkehendakkan semua pusat pembelajaran mengamalkan sistem kerja 5S Jepun iaitu Seiri (sisih), Seiton (susun), Seiso (sapu), Seiketsu (seragam) dan Shitsuke (sentiasa amal).
Sesi 4 empat hari itu juag telah diselitkan dengan taklimat dari Puan Kamariah (Pendaftar), En. Che Omar (Pengawal kewangan), Prof. Ramli (Pengurus Perancangan Korporat), E. Repin Ibrahim (Naib Presiden) serta pesanan dari YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali (Presiden OUM).
No comments:
Post a Comment