Wednesday, May 5, 2010

Hari Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baru OUM Perak

May 5, 2010

Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak

Pihak OUM Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawaran dalam berbagai kursus ambilan semester Mei 2010.

Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

Seramai 150 orang pelajar dijangka akan hadir pada hari Ahad ini 9 Mei 2010 untuk menjalani sesi orientasi serta mendengar taklimat mengenai OUM sebelum sesi pendaftaran dijalankan. Pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda dikehendaki hadir pada jam 8.30 pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.



Taklimat serta pendaftaran akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill iaitu pusat pembelajaran terbaru OUM Perak. Alamat pusat pembelajaran ini ialah No. 55 - 57, Persiaran Greenhil, 30450 Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi kiranya terdapat sebarang kemusykilan ialah: 05-2490290 atau 05-2490292. Sila hubungi Pentadbir kami iaitu Puan Siti Norjalilah atau Puan Erna. Peta lokasi pusat ini adalah seperti di bawah.

Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill

Pelajar baru dinasihatkan untuk membawa bersama anda perkara berikut semasa membuat pendaftaran:

1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran
3. Sijil kelayakan asal
4. Yuran pengajian minimum RM700

Semua pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda diingatkan supaya hadir pada jam 8.30pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.

Sesi taklimat dan pendaftaran untuk program diploma dan ijazah sarjana muda dijangka tamat pada jam 12.30tgh.

No comments: