Pada 5 Mei 2010 telah diadakan satu rombakan dalam pengurusan tertinggi OUM. Prof. Latifah Abdol Latif, mantan Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar, kini adalah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi menggantikan Prof. Mohd Kidin yang akan bersara tidak lama lagi.
Prof. Madya Dr. Santhi (kiri)dan Prof. Latifah (dua dari kiri) semasa lawatan dan sesi dialog di PP Greentown pada 28 Februari 2009.
Prof. Madya Dr. Santhi Ragavan, mantan Pengarah Pusat Pengurusan Tutor, kini telah dipindahkan ke Pusat Pengurusan Pelajar sebagai pengarahnya yang baru menggantikan tempat Prof. Latifah.
Prof. Zoraini Wati Abas, iaitu mantan Pengarah Institut Kualiti, Kaji Selidik dan Inovasi (IQRI) telah berpindah ke Pusat Pengurusan Tutor, sebagai pengarahnya yang baru.
Warga OUM Perak mengucapkan syabas kepada mereka kerana perlantikan yang baru bermakna cabaran baru bagi menambah-baik perkhidmatan kepada pelajar serta tutor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment