Klik pada gambar untuk membesarkan imej
Mulai semester Mei 2010, OUM sekali lagi mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sistem LMS yang baru bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat serta mendapatkan sokongan pembelajaran dan perkhidmatan dengan lebih teratur dan cekal.
Sudah tentu apabila sesuatu sistem yang baru diperkenalkan, pelajar akan mengalami ketidak-selesaan kerana masih belum mengubah paradigma kita dan masih selesa dengan sistem yang lama.
Apapun, diharapkan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang baru agar ianya tidak menjadi satu masalah dan seterusnya menjadi penghalang kepada cita-cita untuk mendapatkan diploma atau ijazah kita.
Di sini saya paparkan sistem LMS yang baru serta cara mangakses jadual waktu kita. Dalam sistem lama, jadual waktu dapat dilihat dalam myLMS terus di ruang sebelah kiri. Dalam sistem baru anda perlu login ke myLMS seperti biasa. Kemudian klik myProfile. Selepas gerakkan tetikus ke Registered Course dan klik myTimeTable yang muncul. Klik pada ruang Sunday Week 1 and 3 dan anda akan dapat melihat tarik tutorial anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment