Tutorial 1 telahpun bermula Sabtu dan Ahad lepas namun soalan tugasan masih belum kelihatan lagi dalam LMS. Ramai pelajar OUM menjadi resah kerana pada kebiasaannya soalan tugasan telah dimuatnaikkan dalam LMS sebelum T1 bermula.
Kelambatan ini tidak dapat dielakkan kerana ini kali pertama soalan tugasan akan disertakan dengan rubrik bagi memberi panduan kepada pelajar akan sistem pemarkahan yang bakal mereka terima. Apabila soalan tugasan dimuatnaikkan dalam minggu ini, pelajar akan dapat memanfaatkan rubrik yang disediakan.
Semester Mei 2010 juga menyaksikan beberapa perubahan baru dalam LMS terutamanya forum. Dahulunya forum dikendalikan oleh tutor sendiri dengan hanya melibatkan pelajar sesama kelas tutorial sahaja. Kini forum akan dikendalikan oleh E-Tutor yakni salah seorang tutor yang aktif dalam memberikan respon kepada pelajar. Struktur forum juga telah berubah di mana pelajar akan berdiskusi berdasarkan kepada tajuk dalam modul. Dengan cara ini, pelajar dapat mencari diskusi yang dikehendaki secara langsung tanpa membuang masa.
Pada kebiassannya apabila sesuatu yang baru diperkenalkan, sudah tentu ianya mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Tapi apabila pelajar telah dapat menyesuaikan diri maka mereka sudah tentu akan dapat menikmati kebaikan sistem baru ini. Perubahan ini adalah bersesuaian dengan visi OUM iaitu untuk menjadi peneraju dalam pembelajaran jarak jauh dan terbuka.
Seperkara lagi, pelajar harus belajar untuk menghantar jawapan tugasan mereka secara atas talian melalui LMS kerana penghantaran jawapan tugasan secara atas talian adalah wajib mulai semester Mei 2010. Dengan kaedah baru ini adalah diharap ianya dapat diperiksa secara sepusat di KL dan membolehkan markah diseragamkan diseluruh Malaysia.
Pelajar yang menghadapi sebarang kemusykilan dinasihatkan untuk berhubung dengan Pentadbir pusat pembelajaran masing-masing ataupun membuat aduan melalui E-CRM yang ada dalam LMS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment