Friday, May 14, 2010

Perancangan OUM Perak bagi Semester Mei 2010

OUM Perak sekali lagi akan menjadi sibuk dengan berbagai aktiviti persediaan bagi menyambut semester Mei 2010.

Pada hari Ahad 16 Mei 2010, tiga aktiviti penting akan berlangsung. Bag pelajar ambilan baru semester Mei 2010, bengkel kemahiran belajar akan diadakan di tingkat 1 PP Greenhil dari pukul 8.30pg hingga 12.30tgh. Semua pelajar baru wajib menghadirinya bengkel ini bagi membolehkan mereka memahami kaeah pembelajaran di OUM serta persediaan mental yang diperlukan.

Pada masa yang sama juga akan diadakan temuduga bakal tutor OUM dari jam 9.00pg hingga 11.00pg di tingkat 1 PP Greenhill.

Pada am 11.30pg pula, semua tutor OUM Perak yang akan kembali menjadi tutor bagi semester Mei 2010 telah dijemput untuk hadir satu sesi taklimat dari Pengarah OUM Perak. Objektif perjumpaan ini adalah untuk melengkapkan tutor dengan maklumat OUM terkini serta memberikan nasihat dan tunjukajar pada tutor agar lebih bersedia lagi pada semester Mei ini. Sesi taklimat ini akan diadakan di tingkat bawah PP Greenhill.

Kelas tutorial pertama untuk pelajar senior akan mula ada 22 & 23 Mei, 2010 manakala kelas tutorial pertama untuk pelajara baru serta pelajar pasca ijazah akan diadakan pada 29 dan 30 Mei 2010.

1 comment:

Beeb said...

Bengkel Kemahiran Belajar pada
16 Mei 2010 lalu cukup meriah dan penuh berinformasi