Saturday, May 22, 2010

myLMS baru dan Forum

Posted by Richard Ng May 22, 2010

LMS Baru. (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Mulai semester Mei 2010, pelajar akan nampak bukan sahaja sistem myLMS yang baru yang lebih canggih tetapi juga kaedah perbincangan atas talian yang baru. Apabila sistem baru diperkenalkan, sudah tentu ianya akan memberi sedikit ketidak-selesaan kepada kita kerana telah biasa dengan sistem yang lama.

Sistem perbincangan atas talian atau Online Discussion Forum yang dahulunya adalah perbincangan di antara pelajar sesama satu kelas dan tutor kini dalam sistem baru Online Discussion adalah perbincangan di antara pelajar dari beberapa pusat pembelajaran dengan seorang tutor pakar yang dipilih khas untuk membantu pelajar dengan sebarang kemuskilan.

Sistem baru ini sudah tentu mengambil sedikit masa untuk difahami dan diadaptasikan tetapi setelah beberapa ketika nanti pelajar akan jadi lebih serasi dan diharap dapat memanfaatkannya dari perbincangan dengan ramai pelajar dan tutor terpilih ini.

Dalam sistem baru, anda tidak berpeluang untuk memilih forum kerana ianya telah dipilih untuk anda. Tutor yang mengendalikan forum "mungkin" juga tutor anda jika dia terpilih sebagai e-Tutor. Jadi tutor anda tidak terlibat dalam forum tetapi terlibat dalam pengendalian tutor semasa sesi pertemuan bersemuka.

Untuk mengakses forum yang baru, klik subjek anda seperti dalam gambar di bawah.

Klik Forum di sebelah kiri untuk masuk ke forum. (Klik pada gambar untuk melihat imje yang besar)

Forum yang baru adalah seperti di bawah:

Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Kemudian anda akan dapat melihat Forum disebelah kiri. Klik Forum untuk masuk ke Online Discussion Forum. Yang lain adalah seperti dalam sistem LMS yang lama.

Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar


Sila ambil perhatian bahawa perbincangan dalam sistem bary adalah berdasarkan kepada tajuk dan bukan tutorial. Langkah ini memudahkan pelajar membuat rujukan kepada sesuatu tajuk dengan lebih mudah.

Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada saya di talian 05-2546006 atau 05-2490920.

1 comment:

Idris Talu said...

Dear Prof.

We really hope our students aware about the development in our LMS.

Thank you for sharing it.