Saturday, May 29, 2010

Selamat Datang Pelajar Baru Semester Mei 2010 ke OUM Perak



Seramai 130 orang pelajar termasuk 30 orang pelajar Program Bachelor of Nursing Science dan pelajar post graduate akan memulakan tutorial pertama secara serentak esok 30 Mei 2010.

Pelajar ini adalah sebahagian dari lebih 2,000 orang pelajar yang berjaya ditawarkan belajar di Open University Malaysia di seluruh Malaysia pada semester Mei ini. Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan syabas dan "Selamat Datang" ke kelas tutorial yang pertama.



Pelajar kejururawatan akan belajar di Pusat Pembelajaran Perak yang terletak di Jalan Lim Bo Seng manakala pelajar laian termasuk pelajar post graduate akan belajar di Pusat Pembelajaran Greenhill.

Pelajar dinasihatkan supaya membaca modul sebanyak 3 bab sebelum datang ke kelas tutorial. Pelajar juga harus masuk ke LMS untuk memuat-turunkan sebarang nota dan soalan tugasan untuk dibawa berbincang dalam kelas nanti.

Semua pelajar baru dinasihatkan supaya datang awal sebelum jam 8.00pg untuk mendapatkan parking yang terbaik. Buat perancangan awal bagi memastikan anda tidak lewat ke kelas tutorial kerana pada kebiasaannya pelajar baru menghadapi masalah mencari bilik kelas dan jadual waktu. Semua jadual waktu telah dimuat-naikkan dalam LMS.

Segala jadual waktu yang disediakan adalah muktamad dan pelajar tidak dibenarkan untuk menukar kelas sesuka hati bagi mengelakkan sebarang masalah nanti.

No comments: