Wednesday, May 26, 2010

Panduan Menggunakan myLMS yang Baru

Berikut adalah panduan menggunakan sistem LMS yang baru:

Langkah Pertama: Login ke myLMS.

Anda akan dapat melihat muka pertama berikut:



Langkah Kedua: Klik pada Subjek Anda.



Anda akan dapat melihat imej berikut. Anda dapat membaca nota bila anda klik pada mana-mana sub-tajuk yang dikehendaki.

Untuk memuat-turun soalan tugasan, klik pada Assignment. Untuk mengambil bahagian dalam forum, klik pada Forum.

Langkah Ketiga: Klik pada Forum untuk mengambil bahagian dalam forum.



Perhatikan bahawa forum baru ini dikendalikan seorang E-Tutor yang bukan tutor kelas anda. E-Tutor adalah tutor yang didapati sangat aktif dalam forum dan juga mempunyai kepakaran dalam subjek tersebut. Diskusi dalam forum juga telah berubah mengikut tajuk dan ini memudahkan pelajar mencari tajuk yang dirasakan susah.

Langkah Keempat: Klik pada tajuk untuk mengambil bahagian dalam diskusi forum



Perhatikan bahawa laman forum yang baru ini adalah sama seperti forum yang lama

Langkah kelima: Klik pada sub-tajuk forum untuk menjawab atau bertanyakan soalan



Langkah Keenam: Baca Announcement subjek



Klik pada Announcement di sebelah kiri dan baca pengumuman mengenai subjek ini dari semasa ke semasa.

Untuk masuk ke forum subjek lain, anda boleh klik "Home" atau "Quick Link" seperti dalam gambar di bawah:



Setelah habis menggunakan LMS, jangan lupa untuk klik butang Logout. Sebarang kemusykilan yang dihadapi semasa menggunakan LMS ini sila klik butang e-CRM untuk membuat aduan anda.

Selamat berforum.

8 comments:

Unknown said...

saya nak tumpang tanya, di mana link untuk memuatturun module?
terima kasih

Nazatul Naina said...

DR Richard really appreciate your effort in assisting OUM students. Even though I'm studying in PPW Kedah, I still go to your blog because of its valuable input. Thank you so much!
Nazatul Naina

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Sdra Zaid,

Module skrg ini dalam bentuk html. Ini bermakna pelajar tidak dapat memuat-turunkan modul lagi.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Sdri Nazatul,

Terima kasih kerana sudi melayari blog OUM Perak. Adalah menjadi tanggung-jawab kami untuk membantu semua pelajar OUM.

I hope you have benefited from it. Please keep visiting this blog.

PANITIA KT SKJMB said...

Khabarnya OLP tak ada diberi markah lagi...

PANITIA KT SKJMB said...

26 May 2010

UPDATES FROM THE SENIOR VICE PRESIDENT’S OFFICE
 Learners communicate in the forum for the purpose of collaborative learning. No OLP Marks will be given

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Memang itu arah tujunya supaya pelajar yang masuk forum benar-benar pelajar yang manu menimba ilmu pengetahuan dengan cara melibatkan diri dalam forum sama ada menjadi penyumbang ilmu atau penerima ilmu.

PERFECT FINANCIAL said...


Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Email us:(perfectfinancialcredite@gmail.com
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Email us(perfectfinancialcredite@gmail.com)