Thursday, June 10, 2010

Bahang Bola Sepak Piala Dunia 2010 Semakin Panas


Saat yang dinanti-nanti peminat bola sepak kian hampir tiba. Bahang Bola Sepak Piala Dunia kian panas menanti pertandingan pembuka tirai di antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan menentang Mexico pada hari Jumaat 11 Jun 2010 jam 10 malam waktu tempatan. Ini diikuti dengan pertandingan antara Uruguay menentang pasukan Perancis pada jam 2.30pg (Sabtu) waktu tempatan.

Beginilah suasana di Mamak cafe di mana layar besar disediakan untuk kemudahan peminat

Bagi peminat bola sepak sudah tentu akan berjaga pada waktu tidur untuk menonton jaguh 32 pasukan dari 32 negara bertanding untuk merebut piala Jules Rimet di Afrika Selatan. Pertandingan ini yang bermula pada 11 Jun ini akan berlarutan sehingga 11 Julai.

Pasukan England sedang menjalani sesi latihan persediaan

Ramai yang meramal bahawa empat pasukan teratas kali ini milik Sepanyol, Brazil, England dan Argentina. Siapakah yang bakal menjadi juara pada edisi kali ini? Tapi bagi penonton Malaysia nampaknya ramai yang menyokong pasukan England kerana biasa menonton English Premier League. Nama seperti Wayne Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard dan John Terry sudah tidak asing lagi.

Kumpulan pasukan yang bertanding

Pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan akan menentang pasukan Greece pada hari kedua (Sabtu) pada jam 7.30mlm waktu tempatan.

Bekas Juara Bola Sepak Piala Dunia

Apapun, ramai yang ingin melihat nama-nama lain seperti Lionel Messi, Christiano Ronaldo, Fernando Torres, dan bagaimana pasukan seperti Korea Selatan beraksi.

Piala Jules Rimet yang menjadi rebutan 32 buah negara. Kiri: Sepp Blatter (Presiden FIFA) dan Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan)

Jadi sepanjang musim pertandingan bola sepak ini, sudah tentu ramai yang kekurangan tidor. Bagi pelajar OUM, pandai-pandai lah mengurus masa kerana di sepanjang pertandingan ini dilangsungkan, jangan lupa tarikh penghantaran tugasan serta persediaan peperiksaan Pertengahan Semester dari 5 hingga 8 Julai.

Jadual Perlawanan Jun 11, 2010:


10.00mlm - Afrika Selatan lwn Mexico (siaran langsung kat RTM1)

2.30pg (sabtu) - Uruguay lwn Perancis (nonton kat Mamak Cafe kalau takde Astro)

Jadual Perlawanan Jun 12,2010:

7.30ptg - Korea Selatan lwn Greece (Mamak Cafe/Astro) - Keputusan 2 - 0

10.00mlm - Argentina lwn Nigeria (RTM 1) - Keputusan 1 - 0

2.30pg (Ahad) -England lwn USA (RTM1) - Keputusan 1 - 1

Selamat Belajar dan Selamat Menonton

No comments: