
Upacara konvokesyen ke 8 OUM baru selesai semalam. Konvokesyen ini yang dibuka secara rasminya oleh Canselor OUM iaitu YAB Tun Jeanne Abdullah telah bermula pada 19 Jun hingga 22 Jun. Konvo ini telah dijalankan di Dewan Merdeka, PWTC, KL. Lebih dari 5,800 graduan telah menerima masing-masing.


Konvo ke 8 ini telah diadakan selama 3 hari setengah dengan dua sesi setiap hari. Pada hari pertama sesi pertama graduan dari jurusan Pendidikan telah menerima iajzah mereka dari YAB Tun Canselor.

Seperti biasa, upacara konvo ini telah bermula dengan perarakan akademik diikuti oleh perarakan besar. Ianya kemudian diikuti oleh nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Universiti Untuk Semua.



Konvo pada sesi pertama ini yang bermula tepat jam 9.00pg tamat pada jam 12.00tgh. Seperti biasa apabila tamat sahaja sesuatu sesi para graduan serta ibubapa dan keluarga berpusu-pusu mencari slot yang baik untuk menangkap gambar kenang-kenangan. Juga kelihatan ramai yang membawa cenderahati dalam bentuk bunga yang banyak dijual diluar dewan ini.


Saya sempat bertemu dengan dua orang graduan kita iaitu Mr. Foo (pelajar MBA pertama dari OUM Perak) dan En. Zulhairi (graduan program MSc in BA). Yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Apapun, bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan syabas kepada semua graduan terutamanya dari Perak.
No comments:
Post a Comment