
Yang pertama ialh Ipoh Starwalk 2010 yang dianjurkan oleh akbar The Star dan Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak DR, Persatuan Olahraga Amatur Perak dan Jabatan Pelajaran Perak sempena dengan ulangtahun bandaraya Ipoh yang ke 22.
Pada hari ini juga merupakan hujung minggu pertama cuti sekolah dan sudah tentu juga merupakan musim orang berkahwin.
Maka ramai di kalangan pelajar yang terbabit dalam Ipoh Starwalk atau menghadiri majlis kenduri kahwin terpaksalah membuat perhitungan dan terpaksa melepaskan kelas tutorial mereka. Justeru ramai pelajar tidak kelihatan semasa lawatan dari kelas ke kelas. Apapun tutor mereka berada dalam kelas menunggu kehadiran pelajar lain.
Diharap pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas tutorial kerana situasi tak mengizinkan, dinasihatkan supaya menghubungi tutor mereka atau rakan sekelas untuk bertanyakan perkara penting yang perlu diberi fokus.
Kami dari OUM Perak sentiasa membuat perancangan masa dan memberikan keutamaan kepada kelas tutorial bagi masa depan pelajar.
No comments:
Post a Comment