Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang memberi sedikit kata peransang kepada semua peserta bengkel
Seperti pada kelazimannya dalam semua kemasukan ke program OUM setiap semester, pelajar baru diwajibkan hadir ke bengkel kemahiran belajar sebelum tutorial bermula. Objektif bengkel ini adalah untuk memahirkan dan melengkapkan pelajar OUM dengan berbagai kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengikuti program di OUM dengan jayanya.
Sebahagian dari peserta bengkel yang nampak begitu ceria mendengar taklimat dari salah seorang fasilitator bengkel
Bengkel Kemahiran Belajar untuk pelajar OUM Perak ambilan Mei 2010 telah diadakan pada 16 Mei 2010 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Bengkel ini telah diadakan di Pusat Pembelajaran Greenhill yang serba lengkap. Lebih dari 100 orang pelajar atau 90% dari jumlah pelajar ambilan Mei 2010 telah hadir. Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang tutor kanan OUM Perak iaitu Encik Yusni dan Mr. Koay.
Sdra Yusni, tutor kanan OUM Perak, sedang mengendalikan bengkel
Pengarah OUM Perak Richard Ng telah sudi hadir untuk memberi sedikit ucapan aluan kepada semua pelajar baru yang hadir. Beliau menyeru agar semua pelajar membuat perancangan rapi dari segi pengurusan masa, keluarga dan kewangan supaya ianya tidak menjadi penghalang kepada cita-cita pelajar untuk mengapai segulung ijazah yang menjadi idaman mereka selama. Beliau juga menyeru kepada pelajar supaya tidak mensia-siakan segala peluang keemasan yang terpampang di depan mereka.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan diurus dengan begitu licin sekali oleh semua staf OUM Perak. Para pelajar yang sempat ditemuramah selepas bengkel ini rata-rata amat puas hati kerana ianya dapat membantu mereka bagi memulakan pengajian mereka di OUM apatah lagi setelah meninggalkan bangku sekolah selama 10 tahun atau lebih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment