Wednesday, June 23, 2010

Kempen "Green The Earth" Ipoh


Pada tanggal 12 Jun 2010, sekumpulan pelajar, NGO serta orang perseorangan telah berarak di hadapan PP Greenhill jam 9.00pagi diiringi sebuah pasukan pancaragam. Dianggarkan perarakan ini telah disertai oleh kira-kira 1,000 orang, mereka kelihatan berarak dari Persiaran Greenhill dan kemudian terus ke Jalan Abdul Jalil dan Jalan Raja Ikram.

Laluan yang diambil ini memang sesak dengan orang ramai pada hari Sabtu keran di sinilah terletaknya beberapa hotel dan restoran terkemuka.



Objektif kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kita menjaga kehijauan bumi yang nyata ini. Sering kita dengar keadaan cuaca yang tidak menentu serta keadaan kepanasan yang luar biasa iaitu "Global Warming" yang diakibatkan oleh terlalu banyak Karban Dioksida yang dibebaskan ke ruang udara menyebabkan ketidakseimbangan dalam penyerapan haba di permukaan bumi.

Kempen seperti ini adalah diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak menebang pokok dengan sewenang-wenangnya. Orang ramai juga harus mengurangkan pembakaran secara terbuka serta penggunaan alat-alat elektrik yang boleh menjanakan lebih banyak haba.

No comments: