Esok 16 Jun 2010 bersamaan dengan hari ke 5 bulan ke 5 dalam kalendar masyarakat Cina di mana masyarakat Cina di Malaysia akan merayakan Perayaan Duanwu atau juga dikenali sebagai Perayaan Bot Naga atau Perayaan Bak Chang atau Zongzi.
Beginilah rupanya Bak Chang yang dibuat dari pulut dan dibalut dengan daun buluh
Bak Chang merupakan sejenis makanan yang dibuat dari pulut berintikan kacang, telur, cendawan, daging, rempah serta lain-lain bahan mengikut selera masing-masing. Ianya dibalut dengan daun buluh dan biasa kelihatan di pasar walaupun pada hari biasa.
Salah sebuah gerai yang menjual Bak Chang
Akan tetapi pada 16 Jun ini, Bak Chang menjadi satu kemestian sebagai buah tangan apabila mengunjungi sanak saudara. Mengikut cerita mitosnya, pada tahun 278 tahun masihi, seorang ahli sasterwan negara bernama Qu Yuan telah dituduh sebagai seorang pengkhianat negara dan dibuang negeri. Qu Yuan yang begitu sedih sekali telah terjun ke dalam sungai Miluo bila kampungnya telah diserang askar Qin. Sebelum beliau membunuh diri, beliau sempat menulis sebuah sajak mengenai gejala rasuah di negerinya.
Imej ahli sasterawan negara Qu Yuan
Apabila penduduk kampung mendapat mengenai perkara ini, mereka telah berlumba-lumba dengan menggunakan bot naga bagi mencari mayatnya. Namun mayatnya masih belum dapat dicari. Kerana bimbang mayatnya akan dimakan ikan dan haiwan dalam sungai tersebut, mereka mencampakkan Bak Chang ini ke dalam sungai.
Maka sehingga ke hari ini masyarakat Cina berpegang kepada kepercayaan ini dengan harapan mayat ahli sasterawan tidak dimakan haiwan sungai. Setiap tahun Bak Chang dimakan pada tarikh tersebut (Double 5) dan juga ada yang mengambil bahagian dalam pertandingan Bot Naga sebagai memperingati jasa Qu Yuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment