Thursday, June 24, 2010

Sikap hormat perlu dalam diri setiap graduan - Tun Jeanne - Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 19 Jun - Para graduan diingatkan supaya bukan sahaja cemerlang dalam dunia pekerjaan tetapi mesti mengamalkan sikap menghormati orang lain khususnya jiran tetangga dalam persekitaran bermasyarakat.

Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Tun Jeanne Abdullah (gambar) berkata, perkara itu sangat penting dan perlu menjadi amalan hidup semua orang terutama dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza latar belakang budaya, bahasa dan agama.

"Oleh itu, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain amat penting dan perlu menjadi pegangan semua terutamanya para graduan," katanya .

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Konvokesyen Ke-8 OUM di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Seramai 5,675 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Mereka terdiri daripada 63 penerima ijazah sarjana dan 5,414 ijazah sarjana muda dengan kepujian serta 198 penerima diploma.

Sementara itu, minat mendalam dalam bidang pendidikan tidak menghalang V. Rasalingam, 56, untuk belajar sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Kesungguhan bekas guru dan pentadbir yang berpengalaman sebagai penolong kanan sekolah dan pemangku guru besar itu dipermudahkan apabila beliau mendapat sokongan padu daripada keluarga.

Sementara itu, pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, N. Chandran turut menerima Anugerah Komanwel Pusat Media Pendidikan Untuk Asia (CEMCA) kerana lulus dengan cemerlang.


MOHAMMAD Afzan Khan berkongsi kegembiraan bersama Chan Tai Guet dan V. Rasalingam (kiri) selepas majlis Konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia ke-8 di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Pelajar cemerlang MBA yang memperoleh CGPA 3.92, Mohamad Afzhan Khan Mohamad Khalil, 26, pula berkata, sikap sambil lewa merupakan punca utama sesetengah pelajar gagal memperoleh keputusan cemerlang.

No comments: