Tuesday, May 10, 2011

Bahang Panas di Ipoh bertambah panas dengan kehadiran Ana Rafalli

Ana Rafalli sedang membuat persembahan solo

Sejak 2 hari yang lepas bahang panas menyelubungi bandaraya Ipoh dengan suhu diberitakan mencecah 43 darjah Celcius. Diberitakan bahawa fenomena ini disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

Di Ipoh hari ini bahang panas semakin panas bilamana penyanyi sensasi Ana Rafalli, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25 dengan lagunya bertajuk: "Tolong Ingatkan Aku", membuat persembahan promosi di Stesen Keretapi Ipoh pagi tadi.

Klip video Persembahan Ana Rafalli:



Menurut catatan dalam wikipedia, Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009.

Pengarah OUM Perak bergambar dengan Ana Rafalli

Antara lagu yang diperdendangkan ialah lagu "Kalau Berpancaran". Turut hadir sama Altimet. Pengarah OUM Perak yang kebetulan berada di situ sempat berbual dan bergambar dengan penyanyi yang amat diminatinya.

No comments: