Tuesday, May 10, 2011

Pendaftaran Pelajar Baru OUM Ambilan Mei 2011


Pendaftaran Pelajar Baru OUM Ambilan Mei 2011 bermula pada hari ini 10 Mei 2011. Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan dalam berbagai program bolehlah membuat bayaran minimum RM700 untuk mengesahkan tempat dan mengambil modul masing-masing di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak.

Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh adalah seperti berikut:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Baki bayaran bolehlah dibuat sebelum 31 Mei 2011 untuk layak mendapat diskaun sebanyak 10%. Pelajar-pelajar juga boleh membayar secara ansuran tiap-tiap bulan dengan syarat mestilah melangsaikan segala tunggakan sebelum pendaftaran semester akan datang.

Antara dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar termasuk:

1. Kad Pengenalan Asal
2. Tiga Keping Gamnbar berukuran saiz paspot
3. Sijil-sijil akademik asal
4. Surat sokongan majikan



Bagi mereka yang masih belum berdaftar dan berminat untuk mengikuti program ambilan semester Mei 2011, bolehlah berbuat demikian sehingga 31 Mei 2011. Mereka boleh mendaftar secara Online melalui pautan berikut:

http://osa.oum.edu.my/

Syarat kemasukan ke program diploma ialah 3 kredit pada peringkat SPM termasuk subjek Bahasa Malaysia. Bagi program Ijazah Sarjanan Muda, pemohon mestilah berumur sekurang-sekurangnya 21 tahun pada bulan Januari 2011 dan memiliki sijil STPM dengan 2 prinsip atau Diploma yang diiktiraf MQA.

Walau bagaimanapun, warga kerja yang berumur lebih dari 21 tahun tetapi tidak mempunyai STPM atau Diploma boleh juga diterima masuk dengan syarat lulus Peperiksaan Fleksibel Entry. Keterangan lanjut mengenai peperiksaan boleh di lihat di sini.

Bengkel Kemahiran Belajar

Semua pelajar yang telah berdaftar dan yang mendaftarkan diri untuk kemasukan Mei 2011 diwajibkan hadir ke sesi taklimat serta Bengkel Kemahiran Belajar yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 15 Mei 2011 (Ahad)
Masa: 8.30pg hingga 1.00tgh
Tempat: Di Dewan A, Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak

Kelas tutorial pertama akan bermula pada 5 Jun 2011.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 05-2490920 atau 05-2490922 atau 05-2546006.

No comments: