Pelajar baru OUM telah hadir awal untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti Bengkel Kemahiran Belajar
Seramai 59 orang pelajar OUM yang berjaya ditawarkan untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah hadir di Pusat Pembelajaran Greenhill Ipoh untuk mengikuti sesi Taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar.
Suasana pendaftaran pelajar baru di PP Greenhill
Pengarahnya, Dr Richard Ng telah memberikan taklimat pada pelajar baru ini mengenai peraturan universiti serta persediaan yang diperlukan sebelum pelajar mengikuti kelas tutorial pertama mereka pada 5 Jun 2011.
En. Panut, salah seorang pelajar baru program BPsy, sedang membaca doa sebelum sesi taklimat bermula
Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng, sedang memberi taklimat pada pelajar baru OUM
Pelajar yang nampak begitu bersemangat sekali telah hadir sebelum jam 8.30pg. Selepas sesi taklimat yang mengambil masa lebih kurang sejam iaitu pada pukul 10.00pg pelajar kemudian meneruskan sesi Bengkel Kemahiran Belajar yang dikendalikan oleh dua orang pemudahcara iaitu Dr. Richard Ng dan En. Yusni, seorang tutor kanan OUM Perak.
Sdra Jaya Ganesh, pelajar baru program BBA diberikan tanggungjawab mengetuai bacaan ikrar
Sebahagian dari pelajar baru yang hadir
Dr Richard sedang mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar
Pelajar telah didedahkan dengan portal pembelajaran OUM iaitu MyVLE. Mereka ditunjuk cara mengakses MyVLE ini dan seterusnya kaedah menggunakan MyVLE ini untuk membantu dalam pembelajaran mereka kelak. Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr Richard Ng.
En. Yusni sedang mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar
Dari jam 11.00pg hingga 1.00tgh, En. Yusni meneruskan bengkel dengan mendedahkan pelajar dengan berbagai kemahiran yang diperlukan sebagai pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) serta persediaan diri yang diperlukan.
Pelajar sedang memberi tumpuan pada sesi bengkel
Seperti biasa sesi taklimat dan bengkel ini banyak membantu pelajar dari segi menyediakan mereka kembali sebagai pelajar universiti selepas sekian lama meninggalkan sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih buat semua warga OUM yang telah terlibat didalam sessi taklimat ini. semoga dengan penerangan yang jelas serta kata-kata semangat dan motivasi yang diberikan akan dijadikan pembakar semangat untuk kami terus cekal dalam mengaharungi cabaran sebagai pelajar demi mencapai kejayaan.
Post a Comment