Saturday, May 14, 2011
Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011 Untuk Pelajar SMP Ambilan Khas
Peperiksaan Akhir Open University Malaysia untuk pelajar SMP ambilan khas Januari 2011 akan di jalankan pada 27 hingga 29 Mei 2011 di seluruh negara secara serentak.
Jadual wkatu peperiksaan adalah seperti berikut:
(Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)
Bagi pelajar SMP OUM Perak, lokasi peperiksaan adalah di Kolej Polytech Mara, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak. (GPS: 4 darjah Utara, 101 darjah Timor). Peta lokasinya adalah seperti berikut:
(Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)
Sebagai persediaan peperiksaan, sila pastikan perkara berikut:
1. Sila 'download' Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir mulai 05 MAY 2011.
* Bawa Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan bersama Kad Matrik semasa menghadiri peperiksaan.
* Untuk ‘download' slip tersebut sila klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir Semester (UP-09).
* Semak dengan teliti maklumat pada slip tersebut khususnya, kursus yang didaftarkan.
* Laporkan kesilapan / pembetulan jika ada, kepada Pentadbir PPW/PPT atau Unit Kemasukan dan Rekod dengan SEGERA.(Tunjukkan salinan Borang UKR03 sebagai bukti mengenai pendaftaran kursus sebenar).
* Slip baru akan dikeluarkan sebaik sahaja kesilapan maklumat telah disahkan betul oleh Unit Kemasukan dan Rekod.
2. Semak dan muatturunkan Jadual Peperiksaan Semester yang dipaparkan dalam laman web OUM. Pastikan tarikh, waktu dan lokasi peperiksaan bagi kursus berkenaan selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh peperiksaan. Calon yang menghadiri peperiksaan bagi sesuatu kursus berkenaan tersilap membaca jadual waktu akan diberi markah sifar bagi kursus berkenaan.
3. Bawa bersama Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan ke dewan peperiksaan.
[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi/Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]
PERINGATAN: Jangan tulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. Calon yang berbuat demikian akan dianggap telah melanggar peraturan peperiksaan OUM dan tindakan tatatertib keras akan dikenakan di atas pelajar berkenaan
4. Baca dengan teliti segala peraturan peperiksaan seperti dalam pengumuman di dalam MyVLE.
5. Calon hendaklah berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan berkenaan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas Peperiksaan akan membenarkan calon masuk ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan kira-kira dua puluh (20) minit sebelum peperiksaan bermula. Apabila dibenarkan, calon hendaklah masuk dengan tertib melalui pintu masuk dan mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
6. Calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :
(a) Membawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan,
* apa-apa buku, kertas, gambar, nota,
* kotak atau beg pensil (lain daripada jenis kotak atau beg pensil buatan plastik transparen yang mana alattulis didalamnya boleh dilihat dengan jelas),
* sampul mesin pengira,
* barang makanan/minuman,
* telefon bimbit, ipod, personal digital assistan) (pda), pager, kamera, komputer, kad magnetik, modul dengan memori, komputer dan kamus kecuali buku, kertas, dokumen, gambar atau alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan berkenaan.
(b) Mesin pengira yang boleh diprogramkan iaitu berkeupayaan mengimput, menyimpan dan menunjukkan teks melebihi satu baris, simbol, matematik expressions, teks equation atau alphabetic formulae.
(c) Makan, minum atau merokok semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan;
(d) Berhubung dengan mana-mana calon lain dengan apa cara sekalipun semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan; dan
(e) Menulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan, sampul mesin pengira, pemadam getah, pembaris, tangan, jari, lengan, kain baju, dsb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment