Majalah OUM Today yang memuatkan temuramah bersama Puan Onee
Majalah Online bulanan OUM iaitu OUM Today keluaran May 2011 membawa tema mengenai guru-guru yang telah berjaya ditawarkan ke program SMP ambilan khas bulan Mac 2011 di OUM.
Puan Onee bersama anak muridnya
Salah seorang pelajar SMP Perak Puan Onee Azua Zulkarnain telah ditemuramah oleh Puan Rahmah dari unit editorial OUM dan hasil temurahmah telah dimuatkan dalam edisi OUM Today Mei 2011.
Puan Onee, barisan depan dua dari kiri, semasa sesi dialog dengan Prof. Madya Ramli Bujang di OUM Perak baru-baru ini
Menurut Onee yang berasal dari Ipoh dan sedang mengajar di Sekolah SMK Seri Kelebang, Menglembu, Ipoh, beliau telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajarannya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak 2 kali sebelum ini tetapi tidak berjaya.
Beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kali ini kerana berjaya ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di OUM bertempat di Pusat Pembelajaran Perak baru-baru ini bersama lebih dari 5400 orang guru yang berjaya ditawarkan belajar di OUM.
Program SMP ini merupakan suatu usaha kementerian di bawah RMK10 bagi mengijazahkan guru-guru yang belum meiliki ijazah.
Puan Onee, barisan depan kiri, semasa Bengkel Penyediaan Tugasan kendalian Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng
Kata Onee yang memilih pengkhususan Bahasa Melayu, ini kali pertama dia belajar melalui kaedah pengajian jarak jauh dengan bantuan online. Antara cabaran yang dihadapinya termasuk penggunaan teknologi komputer dan Internet dalam memuatturunkan bahawa bacaan dan soalan tugasan.
Berkat sokongan dari keluarganya, beliau berazam untuk menamatkan pengajiannya dalam 4 tahun dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment