Ibu Ibu Engkaulah Ratu Hatiku .....
Dari Kiri: Puan Ros, Puan Erna, Puan Ilah dan Puan Murni
Ahad lepas 8 Mei 2011 jam 5.00ptg, semua staf OUM Perak sempat berkumpul bagi meraikan mereka yang bergelar ibu dalam satu majlis yang ringkas. Kebetulan, pada hari tersebut adalah hari tutorial Ke-4 bagi pelajar SMP ambilan Mac 2011 dan juga hari pengambilan modul bagi pelajar-pelajar senior.
Berbagai juadah disediakan bagi meraikan ibu-ibu kita iaitu Puan Siti Norjalilah (Ilah) bersama ibunya, Puan Rosnizawati (Ros) bersama ibunya, Puan Shahrul Murniza (Murni) dan Puan Irnawati (Erna). Puan Zura yang hadir sehari suntuk tidak dapat menyertai majlis ini kerana kesibukan dengan keluarganya. Turut hadir sama adalah Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng.
Puan Ilah bersama Ibu Kesayangannya
Sebagai tanda penghargaan, sebuah kek telah disediakan dan ibu-ibu ini telah diberi penghormatan untuk memotong kek tersebut.
Puan Ros bersama Ibu Kesayangannya
Sememangnya jasa ibu amat besar kepada keluarga dan masyarakat. Kata pepatah, "Behind the success of everyman, there is a woman."
Bagi pihak OUM, diucapkan "Selamat Hari Ibu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment