Prof. Madya Ramli Bujang sedang memberikan taklimat pada pelajar SMP
Ahad lepas Mei 22, 2011 telah berlangsungnya satu sesi dialog di antara semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) bersama Prof. Madya Ramli Bujang Kahar, timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia.
Seramai 180 orang pelajar telah menghadiri sesi dialog tersebut dari pukul 2.45ptg hingga 3.30ptg. Sesi dialog ini dijalankan di semua Pusat Pembelajaran OUM diseluruh Malaysia. Tujuannya ialah untuk memahami dengan lebih dekat lagi masalah yang dihadapi pelajar dan untuk mendengar dari pelajar SMP sendiri cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan OUM untuk memberi perkhidmatan trbaik kepada mereka.
Sebahagian dari pelajar SMP yang hadir
Pada ambilan Mac 2011 yang lepas seramai 5,500 orang guru telah diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran di bawah RMK10 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng, turut memberikan nasihat kepada pelajar SMP
Ketika sesi dialog tersebut. Prof. Madya Ramli turut mengambil kesempatan menasihatkan pelajar tenteng persediaan diri meghadapi peperiksaan mereka yang bakal diadakan dari 27 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment