Wednesday, July 8, 2009

Selamat Tinggal Michael Jackson (1958 - 2009)

Michael Jackson 1958 - 2009

Berita kematian penyanyi dan idola pujaaan Micahe Jackson pada 25 Jun 2009 telah mengemparkan seluruh dunia. Seakan-akan berita ini tidak dapat dipercayai ramai bahawa Raja Pop ini telah tiada. Michael Jackson adalah nama yang tak asing lagi dalam dunia hiburan baik untuk muda mudi atau yang berumur. Penyanyi pop yang cukup terkenal yang dilahirkan pada tanggal 29 August 1958 dan telah mula menceburi diri dalam lapangan seni suara sejak dari umur 4 tahun lagi.

Ahli-ahli keluarga berkumpul di sekeliling Paris Katherine Jackson, anak perempuan Michael Jackson semasa majlis peringatan untuk Michael Jackson yang berlangsung di Staples Center Los Angeles. - foto REUTERS


Antara lagu-lagunya yang terkenal termasuk Thriller, Billy Jean, Beat It dsbnya. Peminat bukan sahaja teruja dengan nyanyiannya sahaja tetapi juga lagak tariannya yang unik yang cuba ditiru ramai anak muda di seluruh dunia. Yang terkini ialah persembahan dari Chaq mentee Ajai semasa pertandingan separuh akhir kedua program Mentor yang ditanyangkan secara langsung oleh TV3 ahad lepas.

Abang Michael Jackson, Jermaine Jackson berucap di majlis peringatan adiknya, Michael Jackson yang berlangsung di Staples Center Los Angeles, 7 Julai 2009. - foto REUTERS

"MICHAEL Jackson merupakan seorang penghibur yang luar biasa dan berjaya walaupun menghadapi pelbagai masalah peribadi. Persembahanya amat mempersonakan dan semua peminat-peminat terpaku apabila mendengar muzik yang dinyanyikanya. Kehilangan seorang legenda hebat seperti beliau amat dirasai oleh semua" kata MStar.

Jennifor Hudson membuat persembahan di upacara memperingati Michael Jackson di Staples Center di Los Angeles, Selasa Julai 7, 2009. - foto AP

UPACARA memperingati Michael Jackson atau "The Memorial" yang disiarkan dari Staples Center, Los Angeles pagi tadi (7 Julai 2009) bagaikan sebuah konsert hebat. Sebagaimana impak idola kesayangan ini semasa hayatnya, begitulah jua yang terjadi setelah dia meninggalkan kita.

Bukan ribuan yang meratapi pemergiannya, malah jutaan peminat di merata dunia bagaikan terpaku melihat upacara pengebumian yang disiarkan secara langsung dari 8TV, MTV dan CNN untuk tatapan kita. Ada mata yang tergenang, ada hati yang tersentuh dan ada yang tidak tenteram kerana jasad Michael Jackson belum lagi bersemadi.

Selamat tinggal Michael.

No comments: