Monday, July 13, 2009

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan semester Mei 2009?

Peperiksaan pertengahan semester Mei 2009 akan diadakan dari 16 hingga 18 Julai untuk semua pelajar OUM di seluruh Malaysia. Markah yang diperuntukan adalah sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan peperiksaan.



Justeru, semua pelajar OUM diingatkan supaya tidak memandang ringan akan peperiksaan ini. Pastikan slip peperiksaan telah dicetak bagi membolehkan anda menduduki peperiksaan. Bagi pelajar yang bertukar lokasi, pastikan permohonan pertukaran lokasi telah mendapat kelulusan dari pihak unit peperiksaan OUM.

Bangunan PTTC di Meru Raya

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk memuat-turunkan jadual waktu peperiksaan. Pastikan pusat peperiksaan anda dan kenal pasti di mana letaknya pusat peperiksaan ini. Selain dari slip menduduki peperiksaan, pastikan anda membawa bersama segala alat tulis yang dikehendaki termasuk kalkulator jika perlu. Anda mesti hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan supaya dapat anda tenangkan diri dan juga bagi membuat persiapan mental.

Peta lokasi bangunan PTTC

Peta lokasi PP Perak, Jln Lim Bo Seng

Bagi pelajar-pelajar OUM Perak iaitu dari PP Perak, PP Greentown, dan IPIP, pastikan anda menyemak pusat peperiksaan anda sama ada di PTTC (Meru) ataupun di PP Perak (Jln Lim Bo Seng). Berikut adalah jadual waktu peperiksaan:

16 Julai 2009: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Pelajar sedang menduduki peperiksaan di PP Perak, Jln Lim Bo Seng

17 Julai 2009: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)



18 Julai 2009: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

No comments: