Wednesday, July 22, 2009

Pengambilan Semester September 2009


Pendaftaran untuk ambilan bagi semester September 2009 sedang dibuka. Berbagai program dari peringkat Diploma hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah ada ditawarkan pada semester ini.

Bagi program peringkat Diploma, para pemohon mesti mempunyai kelayak sekurang-kurangnya SPM dengan minimum 3 kredit. Bagi peringkat Sarjana Muda, para pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun dan memiliki sekurang-kurangnya STPM atau Diploma yang diiktiraf MQA (dahulunya LAN).

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari 2009 dan memiliki sekurang-kurangnya PMR (SRP) boleh memohon untuk masuk ke program Ijazah Sarjana Muda setelah lulus Ujian Kemasukan Terbuka (Open Entry).

Ujian Open Entry ini terdiri daripada 4 peringkat iaiu ujian Keterampilan melalui komputer (15 soalan), ujian Persistency (10 soalan), ujian menulis karangan bergambar dan temuduga. Yuran untuk ujian ini adalah sebanyak RM125 setiap kali mengambil ujian. Calon boleh mengambil ujian lebih dari sekali sehingga lulus tetapi setiap kali perlu membayar RM125.

Dengan Ujian Open Entry ini, maka warga kerja yang bercita-cita untuk masuk ke universiti tetapi tidak berpeluang, kini peluang ini telah dibuka oleh Open University Malaysia (OUM).

Untuk memohon masuk ke program OUM, pemohon boleh mengisi borang secara atas talian (online) melalui laman web kami iaitu www.oum.edu.my. Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan dengan disertakan yuran permohonan (melalui deraf bank atau wang pos) sebanyak RM25 untuk progam Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan RM50 untuk program Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah.

Semua permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil kelayakan yang telah disahkan.

Tarikh tutup permohonan untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ialah pada 23 Ogos 2009 dan untuk program Masters dan Doktor Falsafah tarikh tutupnya ialah 13 September 2009.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Fahmi atau Puan Ros melalui talian 05-2546006.

No comments: