Monday, July 27, 2009

Peperiksaan Akhir Semester Mei 2009

27 Julai 2009

Peperiksaan akhir semester Mei 2009 akan diadakan dari 3 Ogos hingga 24 Ogos 2009. Seperti biasa, pelajar dinasihatkan supaya menyemak jadual waktu peperiksaan serta lokasi peperiksaan bagi mengelakkan sebarang kemusykilan.



Untuk semester Mei 2009, 3 lokasi peperiksaan akan digunakan iaitu: Bangunan OUM Perak di Jln Lim Bo Seng, Tingkat 6 Bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC) di Meru Raya, bersebelahan dengan tol plaza Jelapang dan Bangunan Institut Teknologi Perak. Pelajar dinasihatkan supaya memastikan lokasi peperiksaan terlebih dahulu bagi mengelakan tersilap tempat. Untuk faedah pelajar peta lokasi bagi kedua-dua lokasi peperiksan ada seperti berikut:

OUM Perak @ Jln Lim Bo Seng: (Klik pada gambar untuk membesarkannya)


PTTC @ Meru Raya:(Klik pada gambar untuk membesarkannya)


Peta Lokasi ITP (Klik pada gambar untuk membesarkannya)


Pandangan hadapan bangunan PTTC:


Pelajar adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan seperti berikut:

Jadual Waktu Peperiksaan

1. Semak dan muatturunkan Jadual Peperiksaan Semester yang dipaparkan dalam laman web OUM. Pastikan tarikh, waktu dan lokasi peperiksaan bagi kursus berkenaan selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh peperiksaan. Calon yang menghadiri peperiksaan bagi sesuatu kursus berkenaan tersilap membaca jadual waktu akan diberi markah sifar bagi kursus berkenaan.

Jadual Waktu 3 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 4 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 5 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 6 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 7 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 8 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 9 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 10 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 11 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):

Ralat: Tempat semua peperiksaan pada 11 Ogos 2009 adalah bertempat di PP Perak Jln Lim Bo Seng. Sila ambil perhatian.


Jadual Waktu 12 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 13 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 14 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 15 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 16 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 17 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 18 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 19 - 21 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):


Jadual Waktu 23 - 24 Ogos 2009 (Klik pada imej untuk membesarkannya):



Dokumen Yang Perlu

2. Bawa bersama Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan ke dewan peperiksaan.

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi/Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

PERINGATAN: Jangan tulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. Calon yang berbuat demikian akan dianggap telah melanggar peraturan peperiksaan OUM dan tindakan tatatertib keras akan dikenakan di atas pelajar berkenaan .

Penyelewengan


3. Calon tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan seperti berikut :

(1) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada hubungan dengan soalan peperiksaan sebelum atau semasa peperiksaan untuk kursus tersebut; atau

(2) Mengambil, mengubah, menyembunyikan, merosak, atau memusnahkan sebarang bahan yang ada kaitan dengan persediaan atau penyempurnaan tugasan kursus atau peperiksaan.

LARANGAN

4. Calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :

(a) Membawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan,
* apa-apa buku, kertas, gambar, nota,
* kotak atau beg pensil (lain daripada jenis kotak atau beg pensil buatan plastik transparen yang mana alattulis didalamnya boleh dilihat dengan jelas),
* sampul mesin pengira,
* barang makanan/minuman,
* telefon bimbit, ipod, personal digital assistan) (pda), pager, kamera, komputer, kad magnetik, modul dengan memori, komputer dan kamus kecuali buku, kertas, dokumen, gambar atau alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan berkenaan.

(b) Mesin pengira yang boleh diprogramkan iaitu berkeupayaan mengimput, menyimpan dan menunjukkan teks melebihi satu baris, simbol, matematik expressions, teks equation atau alphabetic formulae.

(c) Makan, minum atau merokok semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan;

(d) Berhubung dengan mana-mana calon lain dengan apa cara sekalipun semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan; dan

(e) Menulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Surat Kebenaran Menduduki
Peperiksaan, sampul mesin pengira, pemadam getah, pembaris, tangan, jari, lengan, kain baju, dsb.

NOTA PENTING : HUKUMAN BERAT AKAN DIKENAKAN BAGI PELANGGARAN PERENGGAN 3 DI ATAS.

Alat Tulis

5. Pinjaman alat tulis dan mesin pengira daripada calon lain atau pengawas tidak dibenarkan semasa peperiksaan. Calon yang meminjam alat tulis atau mesin pengira daripada calon lain semasa peperiksaan akan dianggap sebagai telah melanggarkan peraturan peperiksaan dan akan dijatuhkan hukuman tatatertib menurut peraturan yang sedia ada.

Waktu Melaporkan Diri Di Dewan/Bilik Peperiksaan

6. Calon hendaklah berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan berkenaan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas Peperiksaan akan membenarkan calon masuk ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan kira-kira dua puluh (20) minit sebelum peperiksaan bermula. Apabila dibenarkan, calon hendaklah masuk dengan tertib melalui pintu masuk dan mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.

Pakaian

7. Semasa di dalam dewan/bilik peperiksaan, calon hendaklah berpakaian kemas. Selipar dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan. Perhatian: Ketua Pengawas boleh menhalang mana-mana calon yang tidak berpakaian kemas, masuk ke dalam dewan /bilik peperiksaan.

Hadir Lewat Peperiksaan

8. Calon yang hadir peperiksaan sesuatu kertas tidak lebih tiga puluh (30) minit daripada waktu bermula peperiksaan kertas itu boleh dibenarkan mengambil peperiksaan berkenaan tetapi tidak akan diberikan masa tambahan.

Calon yang hadir peperiksaan bagi sesuatu kertas lebih tiga puluh (30) minit daripada waktu bermula peperiksaan kertas itu tidak akan dibenarkan masuk ke Bilik/Dewan Peperiksaan dan seterusnya tidak boleh menduduki peperiksaan berkenaan.

Arahan Semasa Dalam Dewan/Bilik Peperiksaan

9. Calon dikehendaki :

(1) SENTIASA mematuhi segala arahan peperiksaan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas. Dalam hal ini, jika Ketua Pengawas mengesyaki bahawa calon telah membawa masuk nota atau barang larangan ke dalam dewan/bilik peperiksaan serta cuba menyembunyikannya dengan cara yang menimbulkan syak wasangka, Ketua Pengawas berkuasa melakukan pemeriksaan fizikal di atas calon dan/atau mengarah calon menyerahkan nota atau barang larangan berkenaan. Apabila diarahkan berbuat demikian, calon dikehendaki memberi kerjasamanya jika tidak, Ketua Pengawas akan membuat laporan dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap calon berkenaan;

(2) Mengambil tempat duduk di kawasan yang disediakan bagi kertas peperiksaan masing-masing;

(3) Meletak Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan di bahagian atas sebelah kanan meja untuk pemeriksaan pengawas;

(4) Mengisi Slip Kehadiran Peperiksaan pada muka hadapan buku jawapan yang diedarkan dengan maklumat yang perlu, menandatangani dan menceraikan Slip Kehadiran Peperiksaan dari buku jawapan kemudian meletakkan Slip itu di bahagian atas sebelah kanan meja;

(5) Membaca dan mematuhi arahan tercetak pada muka hadapan buku jawapan dan kertas jawapan objektif (jika dibekalkan);
.
(6) Menulis nombor matrikulasi (bukan nama), kod dan tajuk kursus serta maklumat lain yang perlu di muka hadapan buku jawapan.

(7) Menulis nombor siri kursus yang betul bagi kursus berkenaan dalam ruang kosong di atas kotak untuk pengisian nombor matrikulasi ( bertanda X dalam contoh ) pada buku jawapan. Nombor siri bagi setiap kursus yang diambil oleh pelajar telah dicatatkan setentang kursus berkenaan dalam Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. ( bertanda dengan panah dalam contoh )

(8) Mengguna PENSIL 2B SAHAJA untuk menulis maklumat yang perlu dan menghitamkan kotak berkenaan dalam kertas jawapan objektif (jika dibekalkan).

Arahan Semasa Kertas Soalan Diedarkan

[Perhatian: kertas soalan akan diedarkan oleh pengawas kira-kira sepuluh (10) minit
sebelum waktu bermula peperiksaan bagi sesi pagi dan sesi petang.

10. (1) Semasa kertas soalan diedarkan, calon tidak boleh membuka kertas soalan atau memulakan apa-apa jawapan dalam buku jawapan sehingga diarahkan oleh Ketua Pengawas;

(2) Apabila Ketua Pengawas telah memberi arahan untuk membuka kertas soalan, calon hendaklah:

(a) Memastikan kod kertas soalan yang diterima adalah betul dan bilangan muka surat kertas soalan adalah lengkap;

(b) Memberitahu Pengawas dengan serta merta, sekiranya kertas soalan salah diterima atau bilangan muka surat tidak lengkap; dan

(c) Menunggu pengumuman Ketua Pengawas untuk mula menjawab kertas soalan.

Keluar/Masuk Dewan/Bilik Peperiksaan Semasa Peperiksaan


11. Calon tidak boleh meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan dalam masa:

(a) tiga puluh (30) minit yang pertama dari waktu bermula peperiksaan bagi sesi pagi atau sesi petang; dan

(b) lima belas (15) minit sebelum peperiksaan berakhir.

12. Jika calon ingin keluar sebentar (tidak melebihi lima (5) minit) daripada Dewan/BilikPeperiksaan, beliau hendaklah mengangkat tangan dan mendapat bantuan pengawas peperiksaan untuk sentiasa mengiringi beliau (calon).

Arahan Semasa Peperiksaan Sedang Berjalan

13. Semasa peperiksaan sedang berjalan, calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :

(1) Mempunyai, menggunakan dan/atau merujuk kepada apa-apa bahan rujukan atau nota yang tidak dibenarkan di dalam Dewan/Bilik peperiksaan atau semasa dibenarkan keluar sebentar dari Dewan/Bilik peperiksaan;

(2) Menerima apa-apa buku, kertas, gambar, nota, kotak pensil, telefon bimbit, personal digital assistant, programmable calculator atau sebarang alat dari mana-mana orang lain kecuali buku, kertas, dokumen, gambar atau alat-alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan;

(3) Berhubung dengan mana-mana calon lain semasa peperiksaan berlangsung dengan apa cara sekalipun;

(4) Memberi atau menerima sebarang bantuan daripada calon atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan.

(5) Menceraikan sebarang muka jawapan daripada buku jawapan peperiksaan OUM. Calon dinasihatkan menyediakan semua rangka atau draf jawapan yang mana perlu, dalam muka surat kosong pada kertas soalan berkenaan.

NOTA PENTING : HUKUMAN BERAT AKAN DIKENAKAN BAGI PERENGGAN 13 (1) - 13(5) DI ATAS.

Arahan Selepas Tamat Peperiksaan Sesuatu Kertas


14. Selepas tamat peperiksaan, calon hendaklah :

(1) Berhenti menulis apabila diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas;
(2) Memastikan kertas graf, buku jawapan tambahan serta kertas jawapan lain (selain daripada kertas jawapan objektif), jika dibekalkan atau digunakan, diletakkan di dalam buku jawapan dan diikat kuat dengan benang yang dibekalkan;
(3) Memastikan nombor matrikulasi, nombor siri kursus, kod/tajuk kursus dan nombor soalan yang dijawab, ditulis dengan betul dalam ruang berkenaan pada muka hadapan buku jawapan dan juga ditandakan dengan tepat pada kertas jawapan objektif (jika dibekalkan).

(4) Meletakkan (bukan ikat) kertas jawapan objektif (jika dibekalkan), di dalam buku jawapan;

(5) Memastikan buku jawapan dan kertas jawapan objektif (jika dibekalkan) telah dikutip daripada mejanya oleh pengawas;

(6) Duduk di meja masing-masing dan JANGAN KELUAR dari Dewan/Bilik Peperiksaan sehingga diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas Peperiksaan; dan

(7) Memastikan tidak terbawa keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan, buku jawapan/kertas lain yang telah digunakan dan/atau buku jawapan/ kertas yang tidak digunakan atau rosak.

Jatuh Sakit Semasa Peperiksaan

15. Calon yang tiba-tiba jatuh sakit atau mengalami masalah kesihatan kemudian tidak berupaya mengambil atau meneruskan dengan peperiksaan bagi kertas peperiksaan berkenaan, hendaklah melaporkan keadaannya kepada pengawas dengan segera. Selepas peperiksaan, calon dinasihatkan berjumpa doktor dengan seberapa segera.

Laporan perubatan hendaklah dihantarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Peperiksaan), Unit Peperiksaan dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada satu minggu selepas tarikh akhir peperiksaan semester berkenaan.

Penarikan Diri Daripada Peperiksaan


16. Pelajar yang tidak ingin menduduki peperiksaan mana-mana kursus dalam sesuatu semester atas sebab-sebab tertentu, dinasihatkan menarik diri daripada peperiksaan kursus berkenaan dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Unit Peperiksaan tidak lewat tiga minggu daripada tarikh mula peperiksaan berkenaan. Calon yang tidak menarik diri secara rasmi daripada peperiksaan atau tidak menduduki peperiksaan sesuatu kursus yang didaftarkan akan diberikan gred F bagi kursus berkenaan.

Tidak Menduduki Peperiksaan Semester Dengan Alasan

17. Calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan atas sebab yang boleh diterima seperti perubatan, urusan rasmi, bencana dan sebagainya, hendaklah memberitahu Unit Peperiksaan secara rasmi dengan seberapa segera. Dokumen sokongan seperti sijil sakit bersama laporan doktor, surat pengesahan majikan, laporan polis dan sebagainya yang mana berkenaan, hendaklah dikemukakan bersama.

Bagi permohonan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa OUM, calon akan di diberikan gred I – Incomplete untuk kursus berkenaan. Bagi mana-mana kursus yang diluluskan gred I - Incomplete, calon hendaklah menduduki peperiksaan ulangan dalam tempoh setahun.

Pelanggaran Peraturan Peperiksaan OUM - HUKUMAN

18. Calon yang didapati telah melanggar mana-mana daripada Peraturan Peperiksaan OUM, akan dibicarakan dan jika sabit kesalahannya, maka Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Pelajar OUM boleh mengenakan mana-mana satu, atau apa-apa kombinasi hukuman-hukuman berikut :

(a) Surat amaran;
(b) Markah sifar (0) bagi kursus berkenaan (termasuk kerja kursus);
(c) Dibatalkan keputusan bagi keseluruhan peperiksaan semester yang terbabit;
(d) Dibatalkan keputusan bagi keseluruhan peperiksaan dan diberhentikan daripada pengajian; atau
(e) Digantung pengajian selama satu tempoh yang difikirkan patut;
(f) Disingkirkan daripada Universiti.
(g) Hukuman-hukuman lain yang setimpal.

UNIT PEPERIKSAAN
REGISTRI, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2 comments:

serbafana said...

Terima kasih Prof. Harap tiada perubahan pada jadual dan tempat peperiksaan yang dipaparkan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Insya Allah matnet.