Program BIM
Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan kepujian (A7470) telah ditawarkan dibawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Open University Malaysia (OUM) sejak tahun 2001 lagi. Kini program ini telah mendapat pengiktirafan penuh dari Malaysian Qualifying Agency (MQA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini adalah program yang paling banyak mendapat sambutan dari warga kerja terutamanya kakitangan kerajaan.
Sijil Perakuan Akreditasi Penuh dari MQA
Syarat-syarat kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:
a) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada 1 Januari tahun memohon DAN
b) Lulus SPM dengan kredit dalam BM DAN
b) Memiliki 2 prinsip pada peringkat STPM atau
c) Memiliki sijil Diploma yang diiktiraf MQA atau
d) Memiliki sijil matrikulasi atau
e) Kemasukan Terbuka (Open Entry)
Nota: Pemohon yang tidak mempunyai kredit dalam subjek matematik pada peringkat SPM dikehendaki mengambil dan lulus subjek Matematik Persediaan SBMA1103
Tempoh Pengajian:
Antara 4 hingga 5 tahun
Yuran Pengajian:
Yuran pengajian boleh dijelaskan secara ansuran tanpa faedah mengikut semester seperti yang dicadangkan di atas. Bagi pelajar yang menjelaskan yuran semesternya sebelum bermulanya kelas tutorial akan diberi diskaun sebanyak 10%. Warga OKU dan mereka yang lahir sebelum 31 Ogos 1957 akan diberi diskaun tiusyen sebanyak 75%.
Subjek dan Jumlah Jam Kredit:
Subjek yang ditawarkan adalah seperti dalam jadual di bawah.
Pelajar perlu mencapai pembelajaran sebanyak 102 jam kredit ataupun 34 subjek di atas. Untuk layak mendapat ijazah sarjana muda, pelajar mestilah mencapai CGPA sekurang-kurangnya 2.0.
Cara Memohon:
Bagi mereka yang berminat dalam program ini bolehlah memohon dalam 2 cara:
a) Secara atas talian (online): Layari laman web www.oum.edu.my dan klik butang "Application" dan klik "Diploma/Degree". Lengkapkan butiran anda dand klik "Submit", Jangan lupa untuk menghantar dokumen-dokumen berikut:
1. 2 salinan sijil-sijil and transkrip akademik yang disahkan (LCE/SRP/PMR,MCE/SPM/SPMV/O'LEVEL, HSC/STPM/STAM/A' Level/Matrikulasi/Diploma).
2. Surat pengesahan majikan (jika berkenaan)
3. Sertakan Yuran Permohonan sebanyak RM15.00 dalam bentuk draf bank/Kiriman Wang/Wang Pos dibayar kepada UNITEM. Yuran ini tidak akan dikembalikan.
4. 2 salinan kad pengenalan (pemohon Malaysia) ATAU Paspot (pemohon antarabangsa) yang disahkan.
5. Satu keping setem bernilai 30 sen (untuk permohonan dalam Malaysia).
One 30 cent stamp (for application within Malaysia)
b) Muat-turun borang dari laman web OUM ataupun datang sendiri ke pejabat kami dengan dokumen-dokumen di atas serta yuran permohonan sebanyak RM25.
Tarikh Tutup Permohonan:
Untuk ambilan September 2009, tarikh tutup permohonan ialah 23 Ogos 2009
Keterangan Lanjut:
Sila hubungi En. Ahmad Fahmi/En. Sharizal/Cik Erna ataupun Puan Ros di talian 05-2546006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment