Monday, July 6, 2009

Pertandingan Boling Terbuka @ OUM Perak

Jun 6, 2009

Pada tanggal 4 Julai 2009, OUM Perak sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu pertandingan Boling yang telah diadakan di Alley Bowling Greentown Mall, Ipoh, Perak. Pertanding boling ini dibuka kepada semua Pelajar, Tutor dan Staf OUM Perak.

Sebahagian dari peserta yang sempat bergambar buat kenangan

Lebih dari 50 orang peserta dan pemerhati telah hadir pada hari tersebut. Pertandingan boling ini telah dirasmikan oleh Puan Zuraini Abdul Rahman, Eksekutif Kanan, OUM Perak bagi mewakili Pengarah OUM Perak yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.

Turut hadir dalam pertandingan boling ini ialah Sdra Yusni iaitu Tutor Kanan OUM Perak serta ahli keluarga staf OUM Perak. Chef-de-mission untuk pertandingan ini ialah Puan Murni.

Adalah diharapkan bahawa pertandingan seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim semua warga OUM Perak.

Berikut adalah gambargambar sekitar pertandingan boling ini.

Para perserta sedang mendengar dengan teliti taklimat yang diberikan sebelum pertandingan bermula

Urusetia pertandingan. Dari kiri: Puan Ros, Puan Murni dan Puan Ilah


Antara tutor-tutor yang hadir. Dari kiri: Mr. Chong, En. Radzi, Mr. Yap, Mr. Mathan dan En. Norhafiz

Antara pelajar yang turut serta dalam pertandingan ini

Kelihatan Sdra Sharizal serta suami Puan Ilah iaitu En. Yusof, sedang membuat lontaran

Giliran Sdra Wan Kamaruddin dan Puan Murni untuk membuat lontaran

Para peserta sedang asyik menyemak skor masing-masing

Sesi cabutan bertuah bersama Sdra Yusni, tutor kanan, OUM Perak

Sdra Radzi, tutor OUM Perak sedang mengambil hadiah cabutan bertuahnya

Gambar kenang-kenangan./ Dari kiri: Rashidah, Ros, Murni, Ilah, Nurul dan Sister Maimumnah

Tempat ketiga pertandingan boling kategori kumpulan diketuai oleh Sdra Hasrol sedang menerima hadiah dari En, Yusni

Hi, Fahmi pun dapat hadiah? Rupanya team staf mendapat tempat kedua pertandingan boling di bawah kategori kumpulan

Johan kategori kumpulan pertandingan boling terbuka OUM Perak 2009 di ketuai oleh Saifulizan

No comments: