Monday, August 31, 2009

Tarikh Pengambilan Modul Untuk Pelajar Senior OUM Perak

Posted by Zuraini Abdul Rahman

Pelajar senior OUM Perak bagi semester September 2009 boleh mengambil modul mereka bermula dari 12 September 2009. Bagi melicinkan proses pengambilan modul, pelajar diingatkan perkara berikut:


Adalah dimaklumkan bahawa mulai semester September 2009, prosedur pendaftaran online dan pengambilan modul bagi para pelajar senior akan dipinda bagi tujuan memperkemaskan lagi urusan percetakan dan pengedaran modul.

Berikut adalah prosedur yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti:

a) Para pelajar yang menyempurnakan pendaftaran online dan mengesahkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (7 Julai – 27 Julai 2009) akan menerima modul semasa hari pengambilan modul.

b) Slip pendaftaran kursus (UKR03) yang dicetak oleh pelajar selepas menyempurnakan pendaftaran modul akan digunakan sebagai rujukan samada pelajar telah mendaftar online dalam tempoh yang diberikan atau sebaliknya. Ia akan disemak semasa pelajar datang ke lokasi pengambilan modul

c) Pelajar yang membuat pendaftaran online pada 5 – 13 September 2009 akan mendapat modul selepas tarikh Tutorial pertama pusat pembelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun modul berbentuk softcopy boleh diakses dalam myLMS.

d) Pelajar yang membuat pendaftaran online selepas 13 September 09, modul tidak akan disediakan dan diberikan, pelajar diminta merujuk kepada LMS sahaja.

e) Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam myLMS.

Dipaparkan di sini lokasi pengambilan modul:
Sila klik pada gambar untuk membesarkannya
Nota:

* Selepas daripada tarikh-tarikh diatas, pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil modul pada hari Selasa – Jumaat sahaja (Isnin tutup).

* Pelajar tidak dibenarkan mengambil modul pada hari Sabtu & Ahad.

* Pelajar juga diingatkan agar mencetak dan membawa slip pendaftaran ketika pengambilan modul bagi mengelakkan dikenakan denda RM2.

* Bagi pelajar yang telah membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila pastikan salinan photocopy telah dibuat sebagai simpanan sendiri. Resit asal perlu diserahkan kepada staf OUM semasa pengambilan modul.

No comments: