Sunday, May 29, 2011

Pesanan Untuk Pelajar-Pelajar SMP Ambilan Khas Mac 2011


Peperiksaan akhir untuk semester pertama telahpun tamat pada tengahari tadi. Kertas terakhir ialah kertas OUMH 1103.

Cikgu-cikgu sekalian akan berihat dalam masa cuti sekolah ini. Ingat, rihatlah secukup-cukupnya. Tapi jangan lupa tutorial 1 di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng akan bermula pada 12 Jun 2011). Sila periksa jadual waktu dalam myVLE masing-masing dan muat-turunkan soalan tugasan untuk dibuat persediaan.

Seperti biasa, sebelum tutorial bermula, baca modul sekurang-kurangnya 2 tajuk sebagai persediaan. Anda boleh membuat pertanyaan melalui E-Tutor Forum.

Bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan markah tugasan yang lepas, sila buat aduan melalui eCRM dalam myVLE.

Bagi mengimbas kembali soalan OUMH 1103 pada pagi tadi, dari tajuk tumpuan yang telah saya berikan sebelum ini, beberapa tajuk soalan yang telahpun keluar adalah seperti berikut:

Tajuk 1 (Strategi belajar dan konsentrasi serta goal setting)

Soalan exam --> pengurusan stres, gaya belajar, 5 cara pengurusan masa, strategi motivasi

Tajuk 2 (myVLE - ciri-ciri dan faedahnya)

Soalan exam --> faedah kegunaan Internet

Tajuk 3 (Fast Reading dan Slow Reading)

Soalan exam --> kelebihan membaca dengan cepat (fast reading), SQ3R

Tajuk 4 (Kaedah mengambil nota dan persediaan sebelum, semasa dan selepas tutorial)

Soalan exam --> Peta minda, 5 cara membuat nota

Tajuk 5 (Langkah Penyediaan Tugasan yang baik serta Rujukan APA)

Soalan exam --> 10 langkah untuk menghasilkan tugasan yang baik

Tajuk 6 (Sistem Penilaian OUM dan Kaedah menghafal)

Soalan exam --> 5 teknik mengulangkaji yang efektif

Tajuk 7 (5 langkah Information Trail)

Soalan exam --> 5 sebab mengapa maklumat adalah penting, information trail

Tajuk 8 (OPAC dan Strategi Carian)


Soalan exam --> Tiada

Tajuk 9 (Kriteria Penilaian Maklumat)

Soalan exam --> kenapa bukan semua maklumat dari Internet boleh digunakan dalam tugasan

Tajuk 10 (Ciri-ciri Microsoft Word, Excel dan PowerPoint)

Soalan exam --> kegunaan Ms-Excel dalam tugasan

Apapun, diucapkan selamat maju jaya dan jumpa pada 12 Jun 2011

2 comments:

onee azua said...

Terima kasih Dr. Richard kerana banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu -ilmu yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Bertuah kumpulan yang mendapat dr sebagai tutor kerana dr. tak lokek ilmu dan banyak membantu kami.

Stress kerana 'exam' dah berakhir. Kini berdebar tunggu keputusan pula...

ALIWIRA said...

Tahniah OUM Perak atas kejayaan anda semua sempena Konvo Kesepuluh .Syabas Dr Richard kerana berjaya dalam mengurus OUM Perak .
Anda akan merasa bangga belajar di OUM .
selamat Maju Jaya

Ali Ismail
22 Jun 2011