Thursday, July 23, 2009

What is an Open Entry? Apa itu Kemasukan Terbuka? FAQ

Sejajar dengan motto Open University Malaysia (OUM)- "University for All" ataupun "Universiti untuk semua", maka terbangunlah konsep kemasukan terbuka yang memberi peluang kepada lebih ramai lagi warga kerja untuk menimba ilmu sambil mendapatkan sekeping ijazah yang diidam-idamkan selama ini.


Pada kebiasaannya, universiti hanya menawarkan program ijazah sarjana muda kepada mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya 2 prinsip pada peringkat STPM sahaja. Lantaran itu, ramai yang berputih mata sahaja. Mujur dengan adanya kemasukan secara terbuka yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta Malaysia Qualifying Agency (MQA), OUM yang merupakan universiti pertama di Malaysia mengambil pelajar melalui kaedah ini telah membuka peluang kepada ramai warga kerja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.


Kaedah ini semakin mendapat sambutan walaupun ramai yang kurang yakin pada awalnya. Kaedah ini bukanlah kaedah baru di Malaysia. Ianya sebenarnya telah digunapakai di universi lain seperti Open University (UK) dan Open University (Hong Kong). Di OUM sahaja terdapat lebh dari 3,500 orang pelajar yang diterima masuk melalui kaedah ini setakat ini.


Soalan-soalan Lazim (Frequently Asked Questions):

Q1. Apa itu Kemasukan secara terbuka?

A1. Kemasukan terbuka nmerupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang individu yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan memiliki sekurang-kurangnya sijil PMR untuk memohon mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di Open University Malaysia

Q2. Jika saya mempunyai sijil PMR, bolehkah saya memohon untuk program Diploma?

A2. Tidak boleh. Kemasukan terbuka hanya digunapakai untuk kemasukan ke program ijazah sarjana muda sahaja

Q3. Adakah yuran dikenakan apabila mengambil ujian kemasukan terbuka?

A3. Ya. Yuran bagi setiap kali mengambil ujian ialah RM125

Q4. Jika saya gagal pada kali pertama, bolehkah saya mengambil ujian itu semula?

A4. Ya memang boleh dengan syarat yuran ujian sebanyak RM125 telah dijelaskan

Q5. Bagaimanakah ujian ini dijalankan?

A5. Ujian ini terdiri dari 4 peringkat. Peringkat 1 - anda mestilah mengambil ujian kemasukan melalui komputer yang terdiri dari 15 soalan objektif. Calon mestilah lulus peringkat 1 ini terlebih dahulu sebelum ke peringkat 2.

Selepas lulus ujian peringkat 1, anda akan mengambil ujian persistensi melalui komputer. Selepas ujian ini anda akan diberi ujian bertulis berdasarkan kepada 1 set gambar. Selepas itu satu temuduga akan dijalankan. Jiak anda lulus kesemua peringkat ini, surat tawaran akan dikeluarkan untuk anda serta merta.

Jika anda gagal dalam mana-mana peringkat 2 hingga 4, anda dikehendaki menjalani satu sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum surat tawaran dikeluarkan untuk anda


Q6. Adakah ujian dijalankan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris?

A6. Kedua-dua bahasa akan digunakan dalam semua peringkat ujian

Q7.Di manakah boleh saya mengambil ujian ini?

A7. Anda boleh mengambil ujian ini di mana-mana pusat pembelajaran OUM di seluruh Malaysia

Q8. Bilakah masanya saya boleh mengambil ujian ini?

A8. Anda akan diberitahu tarikhnya setelah anda mendaftarkan diri untuk mengikuti program ijazah sarjana muda yang ditawarkan. Ujian boleh juga dijalankan pada hujung minggu bagi memudahkan warga kerja

Q9. Jika saya mempunyai diploma yang diiktiraf kerajaan, perlukah saya mengambil ujian kemasukan terbuka ini?

A9. Tidak perlu. Anda boleh memohon untuk masuk terus ke program ijazah

Q10. Adakah kemasukan terbuka ini menjejaskan kualiti program ijazah yang saya ambil?

A10. Tidak. Semua pelajar sama ada kemasukan terus atau kemasukan terbuka akan mengambil subjek yang sama dan menduduki peperiksaan yang sama. Tidak ada perbezaan dari segi pembelajaran dan pengajaran

Q11. Bolehkah saya mengambil ujian kemasukan terbuka jika saya ingin mengambil memohon untuk program ijazah kejururawatan?

A11. Tidak boleh. Kemasukan terbuka boleh digunapakai untuk semua program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh OUM kecuali program Bachelor of Nursing Science dan program Diploma

Q12. Bolehkah saya membuat pinjaman PTPTN setelah saya diterima masuk ke program ijazah sarjana muda melalui kemasukan terbuka?

A12. Tidak. Pinjaman PTPTN hanya diberi kepada pelajar yang masuk secara kemasukan terus dan memiliki kelayakan SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

Q13. Adakah diskaun diberikan kepada pelajar kemasukan terbuka yang lahir sebelum 31 Ogos 1957?

A13. Ada. Diskaun sebanyak 75% ke atas yuran tiusyen memang diberikan kepada semua warga OKU dan mereka yang lahir sebelum 31 Ogos 1957 tanpa mengira jenis kemasukan ke mana-mana program yang ditawarkan oleh OUM

Q14. Adakah yuran pengajian bagi pelajar kemasukan terbuka sama dengan yuran pengajian pelajar kemasukan terus?

A14. Ya, memang sama

Q15. Adakah ijazah yang saya miliki nanti akan diiktiraf kerajaan jika saya masuk melalui kemasukan terbuka?

A15. Ya. Tidak ada perbezaan sijil di antara pelajar kemasukan terbuka dan kemasukan terus. Semua program yang ditawarkan OUM telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA. Buat masa ini terdapat sebanyak 24 program yang ditawarkan OUM telah mendapat pengiktirafan penuh MQA dan JPA. Sila layari laman web www.oum.edu.my untuk melihat program yang telah diiktiraf JPA dan MQA

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Fahmi/En. Sharizal/Cik Erna atau Puan Ros di talian: 05-2546006

7 comments:

adie_firstexecutive said...

saya mempunyai sijil teknologi maklumat dan komunikasi dari politeknik so saya nak menyambung diploma di oum. bolehkah saya menyambung pembelajaran di sana? dan adakah di oum mengambil pelajar integerasi di sana?? dan jika tidak ada integrasi di sana berapa tahunkan saya akan mengambil diploma teknologi dan komunikasi di sana? dan yang terakhir berapakah yuran bagi 1 semesterdi sana? jasa tuan akan saya sanjung setingginya.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Maaf kerana terlalu lewat untuk menjawab pertanyaan saudara.

Memang pihak OUM menerima sijil dari politeknik. Sdra juga boleh memohon masuk ke program ijazah melalui Open Entry test.

Mengenai yuran dan butiran lanjut mengenai kursus ijazah sarjana muda, sdra boleh dapatkannya dari laman web kami iaitu: www.oum.edu.my

Unknown said...

boleh apply kerja goverment ker klau amik sijil ni?? kerajaan pandang tak graduate dri OUM

silantra said...

ada contoh soalan x...nak study..please help me

Unknown said...

Soalan dia mcm mana? Aku pun nak study..

Lyena said...

Sy pon nk taw gak...

shikin said...

Kalau sy nk amik master pd umur 35 years...perlu ke sy menduduki peperiksaan muey terlebih dahulu...fyi..sy ada diploma...uitm..