Sunday, May 29, 2011

Pesanan Untuk Pelajar-Pelajar Ambilan Mei 2011


Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya ditawarkan belajar di OUM dan menyempurnakan pendafataran anda tempohari.

Bagi mereka yang masih belum berbuat demikian, masih terdapat masa lagi untuk berdaftar untuk ambilan Mei 2011 sehingga 5 Jun 2011. Anda boleh membuat semakan pendaftaran di sini

Pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan jayanya dan membayar yuran minimum serta telah mengambil modul masing-masing pastikan anda telah lakukan perkara berikut sebelum tutorial pertama pada 5 Jun 2011 dari pukul 8 pagi hingga 3ptg.

1. Daftar login dalam portal OUM. Klik di sini jika belum berbuat demikian dan buat First Time login. Taipkan username dan password anda

2. Bagi mereka yang berjaya membuat login, jangan lupa untuk menyemak senarai subjek yang dipaparkan. Pastikan subjek anda mencukupi. Jika tidak mencukupi, sila hubungi pentadbir OUM Perak di talian 05-2490920 atau 05-2490922 (Pusat Pembelajaran Greenhill).



3. Semak jadual waktu anda yang terdapat dalam myVLE di bahagian myProfile.

4. Klik pada subjek anda dan klik assignment untuk memuat-turunkan soalan assignment anda. Cari bahan atau maklumat tugasan dalam perpustakaan digital TSDAS.

5. Tarikh tutorial pertama anda ialah 5 Jun 2011. Semua pelajar dikehendaki hadir sebelum pukul 8 pagi di Pusat Pembelajaran Greenhill untuk menyemak kelas masing-masing.

6. Pastikan anda bertanya pada tutor anda mengenai kaedah menjawab soalan assignment.

Satu Bengkel Penyediaan Tugasan akan diadakan pada 11 Jun 2011 dari pukul 8.30pg hingga 1.00ptg. Sila daftarkan diri untuk bengkel ini semasa hadir ke kelas tutorial 1.

Saya ucapkan "Selamat Belajar" di OUM.

1 comment:

abdul said...

Tq for the update Dr. Richard.