Taklimat ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diringi oleh bacaan doa seperti biasa. Ucapan aluan dan tahniah Tan Sri Presiden yang telah dirakamkan telah disampaikan melalui tayangan CD.
Pengarah OUM Perak, Richard Ng memulakan taklimat dengan kaedah pembelajaran yang diamalkan di OUM serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sebagai pelajar "Open and Distance Leaning" (ODL). Beliau mengingatkan pelajar akan sistem sokongan dan talian hayat yang disediakan oleh PP Perak sekiranya pelajar menghadapi sebarang kemusykilan semasa belajar di OUM.
Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya mematuhi peraturan universiti dan sentiasa merujuk kepada buku panduan pelajar yang boleh muat-turunkan melalui portal "Learning Management System OUM" (MyLMS).
Sesi taklimat tamat pada jam 11.30pg dan disambung dengan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh Puan Murni iaitu Penolong Pengarah PP Perak. Selepas selesai sesi pendaftaran pelajar-pelajar telah dibekalkan dengan modul untuk dibuat persediaan sebelum bermulanya tutorial 1 pada 14hb Sept 2008.
Bagi membolehkan pelajar berjinak dengan sistem pembelajaran di OUM, satu bengkel akan diadakan pada 23 Ogos dari jam 8.00pg hingga 12.30tgh. Disebelah tengaharinya pula akan disambung dengan majlis suaikenal pelajar yang akan bermula pada jam 2.00ptg hingga 4.30ptg. Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar baru.
Pihak OUM sentiasa perihatin dengan pelajar-pelajarnya dan diharap bengkel yang disediakan akan memanfaatkan pelajar-pelajar baru ini.
1 comment:
Welcome to all our new friends!!
Enjoy studying with us your rewards are uncountable!!
Post a Comment