Sunday, August 3, 2008

Peperiksaan Semester Mei 2008

3 Ogos, 2008

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan akhir Semester Mei 2008. Sepanjang peperiksaan dijalankan sejak 14 Julai lalu, ianya telah dijalankan dengan licin dan teratur. Saya amat berterima kasih kepada Setiausaha Peperiksaan saya iaitu Puan Siti Norjalilah serta semua staf OUM Perak yang terlibat dalam mengatur segala persiapaan peperiksaan. Saya juga amat berterima kasih kepada semua calon-calon peperiksaan yang telah memberikan kerjasama mereka dengan sepenuhnya walaupun tindakan drastik terpaksa kami ambil dalam memastikan semua calon mengikut peraturan peperiksaan OUM yang terkini.

Calon-calon peperiksaan diberi taklimat mengenai peraturan peperiksaan oleh Ketua Peperiksaan

Tindakan drastik yang telah kami ambil mungkin tidak menyenangkan pada setengah-setengah calon tetapi ianya amat berkesan sehingga tidak ada calon ditangkap menipu dalam peperiksaan semester ini berbanding dengan semester-semester sebelum ini. Ini penting demi untuk kebaikan pelajar serta menjaga imej dan integriti OUM.

Kertas soalan diedarkan pada calon dengan cara yang sistematik

Walaupun begitu, terdapat juga calon yang kurang puas hati akibat format soalan peperiksaan bag subjek tertentu dan juga masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Pihak kami amat prihatin mengenai perkara ini dan telah kami panjangkan kepada unit peperiksaan untuk tindakan mereka.

Beginilah suasana peperiksaan yang dijalankan di OUM Perak

Bagi pelajar-pelajar uyang masih belum berdafar untuk subjek semester September ini, jangan lupa untuk berbuat demikian mulai 1 Ogos hinggalah tarikh akhir pendaftaran pada 10 Ogos. Sukacita saya ingin mengingatkan pelajar senior tentang tarikh pengambilan modul ialah pada 9 Ogos (Untuk pelajar KPM) dan 10 Ogos (Untuk pelajar lain). Bagi pelajar KPM yang terpaksa mengajar pada 9 Ogos, sukacita kami maklumkan bahawa pengambilan modul boleh dibuat pada sebelah petang 9 Ogos ataupun pada 10 Ogos.

Keputusan peperiksaan semester Mei 2008 seperti biasa dijangka akan keluar pada pertengahan bulan September.

No comments: