Monday, August 4, 2008

Nak Tahu Rahsia Untuk Menyediakan Tugasan A?

Ogos 4, 2008

Nak tahu cara untuk menyediakan Tugasan yang boleh memberikan skor A? Ataupun anda menghadapi masalah untuk mencari bahan untuk tugasan anda? Daftarlah sebagai peserta Bengkel anjuran bersama OUM Perak dan OUM Alumni Perak pada 9 dan 10 Ogos. Anda juga boleh menempah tempat anda dengan menghubungi 05-2546006 (Ros/Shah). Bengkel ini akan diadakan pada 17 Ogos dari pukul 8.30pg hingga 1.30tgh. Bahan bengkel dan minum pagi akan disediakan.

Bengkel ini akan dkendalikan oleh Pengarah PP Perak, Richard Ng, yang banyak berpengalaman dalam bidang kajiselidik dan carian koleksi digital. Beliau pernah mengendalikan bengkel seperti ini pada tahun 2005 di OUM Perak, OUM KL dan OUM Kota Kinabalu. Beliau juga pernah mengendalikan bengkel ini di Koleh Taj/Unitar. Semua venue yang menganjurkan bengkel ini penuh sesak dengan pelajar yang ingin memahirkan diri dalam penyediaan tugasan mereka.

Peserta bengkel akan didedahkan dengan rahsia untuk skor A dalam tugasan. Peserta juga akan dapat mempelajari kaedah memahami kehendak soalan, mencari bahan yang diperlukan terutama koleksi digital OUM seperti Proquest, Emerald, Books24x7 dan Ebrary. Peserta juga akan dapat memahami kaedah menulis tugasan dengan teratur dan dalam masa yang lebih singkat berpandukan kepada format yang diperlukan serta rujukan APA. Bengkel ini akan dikendalikan secara "live" melalui Internet.

Ini adalah satu projek amal yang dijalankan oleh AJK Alumni OUM Perak bagi mengisi tabung kanta mata di bawah projek SightFirst. Semua peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini akan dikenakan bayaran RM30 dan kesemua wang ini akan didermakan kepada tabung tersebut. Semua bahan bengkel dan minum pagi akan dibiayai sepenuhnya oleh OUM.

Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta pertama yang berdaftar. Berikut adalah tajuk bengkel ini:



3 comments:

Joseph Sia said...

Congratulations for conducting the seminar, Richard. The topic is very relevant to the students especially those new students who just join OUM.

Billgates said...

Thanks Joe. This is a 2 in 1 package where students will benefit from learning how to prepare assignment and at the same time do charity.

maySinOng said...

yes!!
hopefully after this w/shop my assignment marks will forever A++

haha...