8 Ogos 2008
Mesyuarat Bulanan OUM Perak yang berlangsung pada 7 Ogos 2008 merupakan mesyuarat yang istimewa disebabkan 2 perkara. Pertama, Pengarah PP Perak belanja makan tengahari sebelum mesyuarat bermula. Kedua mesyuarat kali ini mengambil masa lebih kurang 4 jam ... pengsan, ... tapi tak boleh dielakkan disebabkan oleh keperluan kerja memandangkan bulan Ogos adalah bulan yang paaaaaling sibuk sekali bagi warga OUM termasuk PP Perak.
Yang senyum lebar kat hujung tu le Projek Manager Makan kita, Puan Murni.
Nak tahu apa kita makan? 4 dulang Pizza ... ooops 5. Menurut projek manager kita Puan Murni, semua staf sebulat suara memilih untuk makan pizza. Katanya, KFC leceh sebab kena kumpul tulang-tulang lepas makan. Tapi pizza senang, telan aje semua dalam perut, habis cerita pasal nak cepat. Kerja nak cepat makan pun kena le cepat.
Senyum sambil makan tu satu petanda baik .. (dari kiri) Puan Zura, Puan Ros, Shah, Fahmi, Hamid, Kamaruddin, Erna ...
Turut sama, Richard Ng, Pengarah PP Perak (kiri)
Ready ... Cheese ..
Mesyuarat bermula jam 2 petang tepat. Pengarah PP Perak memulakan mesyuarat dengan taklimat mengenai cara menyediakan Results Description Questionnaire (RDQ)yang perlu dilengkapkan oleh semua staf dan dihantar sebelum 15 Ogos ini. RDQ ini bertujuan untuk mengumpul tugas dan tanggungjawab, KPI sasaran serta kelayakan dan keperluan kemahiran bagi kerja yang dilakukan oleh setiap staf.
Isu semakin serius ke ...
Semua staf juga telah diberi taklimat mengenai bajet yang telah diselaraskan bagi separuh tahun ke 2. Pengarah menyeru semua staf supaya bertindak bijak dalam mencapai sasaran KPI masing-masing.
Mesyuarat bulanan ini seperti biasa membincangkan isu-isu operasi dan masalah yang dihadapi pelajar supaya persediaan yang rapi dapat dibuat bagi menangani isu ini dengan cara yang efektif dan efisyen untuk semester September ini. Isu-isu operasi yang berbangkit semasa mesyuarat ini termasuk pengambilan modul oleh pelajar senior pada 9 dan 10 Ogos, pendaftaran pelajar baru pada 16 Ogos serta Bengkel Penyediaan Tugasan dan Bengkel Kemahiran Belajar.
Lain-lain perkara berbangkit termasuk penyediaan Jadual Waktu, masalah MBL, pemilihan Tutor, latihan tutor, Pendakian Merdeka Bukit Kledang serta aktiviti Alumni OUM Perak.
Pengarah juga menyeru semua staf supaya bekerja sebagai sebuah pasukan supaya operasi PP Perak berjalan dengan lancar. Pengarah juga menegaskan perlunya sikap toleransi dan kompromi serta meningkatkan "Interpersonal Skill" supaya dapat kita wujudkan suasana kerja yang harmoni.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Mesyuarat akan datang telah ditetapkan pada 3 September 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment