Seawal jam 6.30 pagi tetamu khas kita iaitu Sdra Alex Chan Chin Chin, bekas ADUN Simpang Pulai telah tiba dengan penuh semangat. Kami berkumpul di kaki bukit Kledang ini sehingga jam 7.15pagi sebelum memulakan pendakian ke aras 3,000 kaki.
Pasukan pendakian ini disertai oleh seramai 25 orang staf OUM Perak, Pelajar-pelajar OUM termasuk seorang pelajar OUM Shah Alam yang turut serta iaitu Sdra Dillon.
Setiap peserta telah diberikan satu bendera untuk dikibarkan semasa pendakian. Sepanjang pendakian kami turut mengedarkan bendera pada orang ramai yang ada di situ. Sepanjang perjalanan kami bertemu dengan ratusan pengunjung yang sentiasa mendaki bukit ini bagi tujuan senaman dan kecerdasan diri.
Video Ucapan Sdra Alex Chan
Participants singing the Jalur Gemilang Song
Video on Kerana Mu Malaysia
Video Tanggal 31
Video Laungan Merdeka
Cuaca pagi ini agak baik. Kabus yang tebal menyejukkan suasana pagi ini. Pada jam 8.20pagi kami pun tiba di sebuah taman yang terletak di puncak bukit ini. Kami pun berihat sebentar sementara menantikan semua peserta sampai.
2 comments:
Well done!!
Congratulation to the OUM team!!!
I have found that this site is very informative, interesting and very well written. keep up the nice high quality writing Learn Math Online NG
Post a Comment