Saturday, August 23, 2008

Majlis Konvokesyen ke 6 - Hari Pertama

23 Ogos 2008 oleh Richard Ng

Majlis konvo ke 6 OUM telah bermula pada tepat jam 8.00pg dengan perarakan pelajar ke dalam dewan Merdeka di PWTC. Ianya kemudian diikuti oleh perarakan oleh ahli akedemik OUM dan perarakan besar canselor.

Suasana sebelum perarakan akademik bermula. Dari kiri, Mr. Cheah (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan), Sdra Yon Rosli (Pengarah PP Lembah Kelang), Dato' Nik Najib (Pengarah PP Kelantan) dan Richard Ng (Pengarah PP Perak).

Majlis konvo kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah OUM di mana seramai 4506 orang pelajar akan bergraduat dalam berbagai bidang.

Beginilah suasana di dalam dewan sebelum bermulanya majlis konvokesyen

Canselor OUM YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah telah mengisytiharkan pembukaan majlis ini. Turut hadir dalam majlis pembukaan ini ialah Pro-canselor, YBhg Tan Sri Azman dan tetamu dari luar negara iaitu dari Yemen, Saudi Arabia, Bahrain, dan Belanda.

Gambar bersama Tan Sri Azman (tengah) semasa raptai. Di sebelah kiri adalah Sdra Ahmad Izanee (Pengarah PP Pahang)

Pada sesi pertama yang diadakan pada pagi tadi seramai 500 pelajar yang mengambil program pada peringkat ijazah sarjana dan program pendidikan sains (matematik)telah menerima ijazah masing-masing.

Gambar bersama pelajar OUM Perak yang bergraduat pada sesi kedua

Di sebelah petangnya pula yang bermula pada jam 2.30ptg, seramai 500 orang pelajar lagi dari program ijazah sarjana pendidikan (matematik)telah dianugerahkan dengan sijil mereka.

Pelajar OUM Perak, Cikgu Wan Noraini yang tersenarai dalam Hadiah Buku Canselor sebaik sahaja selesai menerima ijazah beliau

Selepas selesai sahaja majlis konvo baok sesi pagi mahupun sesi petang, kelihatan ibu-bapa dan keluarga berkumpul di luar dewan untuk menangkap gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Suasana konvo seperti biasa hangat, rioh, gema dan penuh emosi.

Salah seorang pelajar OUM Perak yang telah menerima ijazahnya pada sesi pertama pagi tadi

Saya sempat berjumpa dan bergambar dengan beberapa orang pelajar dari OUM Perak. Saya juga sempat melihat buku program dan antara nama pelajar yang kenal yang tersenarai dalam hadiah buku termasuk Cikgu Wan Noraini dan Cikgu Norhanim kerana mendapat cemerlang dalam Ijazah Pendidikan (Matematik).

Dr. Mazlan dan saya sebelum perarakan akademik bermula

Syabas cikgu-cikgu, semoga pelajar-pelajar cikgu akan jadi cemerlang seperti cikgu-cikgu sekalian. Saya juga nampak nama seorang pelajar OUM Perak iaitu Leong Wai Ling yang mengambil program BBA tersenarai sebagai pelajar yang memenangi hadiah buku juga. Beliau akan bergraduat pada hari esok pada sesi keempat. Pelajar jurusan BIM yang saya jumpa pada hari ini adalah pelajar kesayangan saya termasuk Shima, Linda dan Lily. Syabas dan tahniah dari warga OUM Perak.

No comments: