Pelajar-pelajar dari Institute Profesional Development (IPD) OUM telah menganjurkan satu kempen menderma darah bersama dengan Jabatan Kesihatan Teluk Intan pada pagi tadi.Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Teluk Intan, Tuan Mohd Alwi Abu Bakar.
IPD adalah anak syarikat Meteor/OUM yang menyediakan kursus pembangunan modal insan untuk warga kerja dalam bidang pengkhususan pada peringkat sijil dan eksekutif diploma. Seramai 90 orang pelajar sedang mengikuti pelbagai kursus eksekutif diploma di pusat pembelajaran IPD. Majlis kempen derma darah ini adalah sumbangan pelajar ini kepada masyarakat tempatan di Teluk Intan.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah IPD, Prof. Madya Dr. Selvaraj, Pengarah PP Perak, Richard Ng, Pengurus IPD, En. Hamzah, En. Kassim, Pengurus, Pusat Pembelajaran IPD Teluk Intan, Dr. Sulaiman dari Jabatan Kesihatan Teluk Intan serta para pelajar IPD.
Pengarah PP Perak, Richard Ng telah diberi penghormatan bagi mewakili OUM untuk menyampaikan kata aluan dalam majlis tersebut. Beliau antara lain mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus pusat pembelajaran IPD Teluk Intan serta para pelajar IPD kerana brjaya menganjurkan kempen darah. Beliau juga memaklumkan pada hadirin sekalian mengenai latar belakang OUM serta peluang pembelajaran ang disediakan untuk warga kerja. Beliau menyeru agar para pelajar sekalian mewar-warkan kepada kawan-kawan mereka akan peluang yang disediakan oleh OUM serta IPD bagi meningkatkan kemahiran yang mereka cebori.
Tuan Mohd Alwi, dalam ucapan perasmiannya, mengucapkan terima kasih kepada pihak OUM kerana menyediakan peluang pembelajaran pada warga kerja. Beliau turut menjemput OUM untuk memberikan taklimat di Jabatan-jabatan kerajaan yang ada di Teluk Intan kerana beliau percaya bahawa ramai lagi warga Teluk Intan yang berminat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka. Beliau juga menyeru pada hadirin sekalian untuk turut sama mewar-warkan peluang keemasan yang disediakan oleh OUM.
2 comments:
congratulation!!
the next blood drive in Taiping!!
Sure, May Sin. Please plan and let me know how we should we go about it and what is the best time to do it in Taiping. We will love to assist.
Post a Comment